text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. sbb itu aku sering MUHASABAH diri sendiri. aku suka pada DIARI tapi aku malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. sesiapa yg mengenali aku, aku bukanlah mahu bersikap HIPOKRIT tapi aku mmg begini dan biarlah aku TERUSKAN dgn cara aku nie. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan utk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan jgn tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dpt mengubat luka hati aku. sekurangnya aku masih sedar, ada orang lain yg lebih susah hati drpd aku... "

Followers

Saturday, October 6, 2012

DENGARLAH, WAHAI SAYAANG

          status facebook: " not in the mood. sorry ;( " hrmm itu aje yang mampu diucapkan. hari nie agak down sikit. tah lah. maybe terlalu banyak tekanan dalam hidup nie kan? semua masalah boleh diselesaikan. nak tahu cara aku selesaikan? MENANGIS. setakat keluarkan airmata aje. modal sikit kan. dah memang nyata perempuan lebih banyak menangis. KAUM HAWA dikategorikan lemah. mungkin betol tapi tak bermakna kami mudah ditindas. TIDAK OKAYY :)



          maksud aku.. hati perempuan nie sensitif! lembut dan mudah terguris. itu aje lemahnya kot. takyah nak kusutkan sangat otak nie. orang yang MATANG akan mengaku setiap kesalahannya. orang yang BIJAK tahu untuk berfikir dan menyelesaikan masalahnya. orang yang MULIA ialah orang yang senang memaafkan. kalian paham maksud2 tersebut? syukurlah..


          aku cuba jadikan perumpamaan tersebut sebagai PENDIRIAN HIDUP aku. mungkin sebab itu kawan aku cakap aku nie seorang yang kuat dan tabah. tak jugak! percayalah.. hanya dengan menangis, segala bebanan aku akan lenyap! bezanya, aku tak suka mengalirkan AIRMATA di depan orang termasuklah keluarga aku sendiri. apatah lagi di depan orang tercinta. itu bukan aku! aku jenis yang BERAHSIA. punya 1001 cerita yang tak tertanggung. entah pada siapa aku nak mengadu? hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa.


          versi OMBAK RANIA: " airmata duyung boleh membawa kemusnahan kepada dirinya sendiri dan airmata manusia pulak murah nilainya. " hahaha tak aku sangkal hal nie. tapi tak bermakna aku menghina kelebihan aku sendiri. kerana apa? bukan sebab nak kata Ikan Duyung tu mitos semata2. tapi sebabnya.. orang yang MENANGIS tandanya dia BERSABAR dan termasuk dalam golongan orang yang bersabar ialah HAMBA YANG DIKASIHI ALLAH. nah! itulah maksud aku. apa yang terjadi bila kita sering bersabar kan. kadang2 makan hati pon boleh dikategorikan bersabar kan. pendam hati? boleh jugak lah. dah memang itu aku pon!


          itu mukadimahnya. sekarang aku mahu buktikan perumpamaan itu. aku cuma nak SAMPAIKAN SALAM CINTAKU pada si dia yang telah aku guris hatinya. maafkan aku, sayaang. bukan niat aku nak memburukkan keadaan tapi bagi aku.. mungkin ini adalah jalan yang terbaik. aku nak mengaku setiap kesalahan aku. aku taknak dikatakan BUKTI TANPA JANJI. aku tahu setiap manusia tak sempurna tapi diberi akal untuk bezakan mana baik atau buruk kan?


          aku bukan nak cerita skrip permasalahan aku nie. aku cuma nak kongsi perasaan aku. aku mengaku aku dah buat kesalahan yang besar iaitu; MENYAKITI HATI PASANGAN AKU. aku akui sangat2! sekarang aku nak menaip pon masih mengalir airmata. ingat! aku bukan mahu menagih simpati. tapi pahami apa yang aku nak luahkan. hrmm..


          mungkin aku nie TAK PUNYA KELEBIHAN seperti perempuan lain. aku bersyukur kerana punya teman yang menerima aku seadanya. aku yang salah kerana tak pandai menghargainya. aku nie ego orangnya. keras kepala. degil lagi! tapi kadangkala hati aku jadi LEMBUT BILA BERCINTA. bukan semua lelaki aku akan bersikap macam tu. kerana apa? kerana dulu aku pernah berlembut dengan semua orang tapi akhirnya kepala aku dipijak! jadi hanya orang tertentu yang akan kenal atau paham siapa aku sebenarnya. aku nie CEREWET sikit. ehh bukanlah cerewet. teliti sangat aje! kadangkala nak semua sempurna tapi selagi aku tahu mengawal EMOSI DAN NAFSU. segalanya akan jadi baik. insyaallah :)


          setiap orang ada kisah sedihnya. aku jugak pernah terluka dan terguris. aku jenis MUDAH MEMAAFKAN walaupun SUKAR MELUPAKAN. tapi pernah satu tahap aku putus asa! sehinggalah aku bencikan KAUM ADAM nie. hrmm.. sakitnya hati aku kerana TAKDIR! itu semua berpunca kerana lelaki! teruk kan. kenapa nak rosakkan diri untuk orang yang tak tahu menghargai kita? rugi kan. jadi aku ambil INISIATIF untuk ubah semua tanggapan buruk yang dah melekat kat otak aku.


          dulu aku PERCAYAKAN CINTA. sebab itu aku tak pernah berputus asa untuk MENCUBA demi memberi PELUANG kepada diri aku sendiri untuk mencari KEBAHAGIAAN. memberi KEYAKINAN kepada lelaki yang kononnya mahu menyayangi aku seadanya. sudah lah.. umpama berjalan kaki di tengah jalan raya! bila dah penat, mulalah keluar isyarat nak mintak tumpang. SEMUANYA TIPU!! memang aku benci!!


          selama setahun aku MENGUBAH DIRI. bukan bermakna mengubah diri menjadi orang lain okay. aku mahu jadi lebih BERFIKIRAN POSITIF. biar orang buat jahat kat kita tapi kita jangan! tolonglah jangan! aku pernah buat dan sudah pon diterima hukuman. itu KARMA namanya kan? KUASA ALLAH JANGAN DISANGKAL. sebab itu aku kata pada DIRI, HATI DAN OTAK aku. bahawa kita masih lagi perlukan kepercayaan dan kebesaran dari Allah. 'Wani, percayakan takdir. setiap yang berlaku ada hikmahnya. biarlah kau menangis daripada kau mengalah! itu ujian daripadaNya. buktikan kau mampu harungi semua itu.'


          iya..hingga kini aku memaafkan kesemua orang yang pernah menyakiti aku. tapi aku mintak maaf lah sebab aku tak boleh melupakan. sedangkan sejarah beratus tahun pon masih kita belajar kat sekolah kan. inikan pulak kisah hidup kita. tetap akan ingat sampai bila2. KEKAL BERPARUT TAK BERDARAH. setiap ada masalah aku cuba selesaikan sendiri. bukannya aku bodoh sombong tapi selagi aku boleh buat, aku akan teruskan. TABAHNYA aku hanya kalian yang tahu tapi LEMAHNYA aku hanya Allah yang tahu. jadi aku cuba mahu menjadi orang matang, yakni MENGAKUI SETIAP KESALAHAN aku.


          kepada si INSAN MISTERI; maafkan saya kerana telah mengguris hati awak. saya tak tahu samada saya sengaja atau tak tapi niat saya hanyalah bergurau. tak sangka kata2 saya boleh buat awak marah dengan saya. saya dah janji takkan buat lagi. tapi saya buat jugak. nampaknya saya tak boleh nak bezakan bilamasa awak bergurau atau serius. semuanya salah saya. selama nie kita bahagia dan ceria sentiasa. jadi saya dah terambil jalan yang salah. saya sangka saya paham awak sepenuhnya. mungkin selagi saya tidak bergelar isteri awak, saya takkan dapat kenal awak 100% lagi kan?



          saya tak harapkan awak sempurna untuk saya kerana saya tak begitu. sebab itu baik buruk awak saya terima seadanya. sepertimana awak cakap pada saya, kita tak elok bergaduh atau bertekak kan? jadi saya takkan membalasnya. saya bagi ruang pada awak untuk tenangkan hati dan pikiran. kalau saya tak dapat bersama awak sekarang, sekurangnya awak tahu untuk mengajar diri awak untuk menjadi lebih baik. saya berikan awak masa. saya yang salah. jadi saya tak boleh nak marahkan awak. saya terimanya dengan hati terbuka. cuma percayakan saya, setiap detik adalah penting untuk saya. tolong jangan melupakan siapa saya dalam hidup awak selama nie.



          sekali lagi.. saya mintak maaf, sayaang. sungguh kata2 awak telah membuka mata saya. itu semua demi kebaikan saya kan? supaya saya kenal siapa diri saya sebenarnya. mungkin saya tak dapat berikan yang terbaik. tapi awak lah insan yang melengkapkan hidup saya. terima kasih.. (,")


3 comments:

Syazwani Jalal said...

menangiss slalu pom penat mata.. penah rsa ? hehehehe ... jyeahh org mulia memaafkan org lain, jgn trlalu ego jee

Waniey Shaari, said...

betol. mmg penat bla dh puas menangis kn. sbb tu akan tido. bla dh tido, otak pon jadi relaks bla dh bgun tido. rasa mcm hilang beban yg dipikul. tido adalh rehat yg trbaik!! btw mata akan jadi lebam lh. lgsung xnk kluar uma. hahaha

Angah said...

bahaya kalo selalu pendam. sesekali kena berani meluahkan!