text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Sunday, May 22, 2011

SEDARKAH AKU ??

" Aku mencari seseorang untuk selamanya.. bukan sementara.. "

" Sabar lah wani.. kau pasti akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik.. "

" Sampai bila lagi aku harus bertahan ?? Sudah habis airmata aku mengalir.. penat aku cuba memahami perasaan lelaki.. aku benci dengan CINTA !! Selalu buat hati aku resah, gelisah, tak tentu arah.. bodohnya aku !! "

" Jangan macam nie.. ingat Allah.. bukankah cinta kepadaNya lebih abadi ?? Mungkin kau terlalu taksub dengan cinta sesama manusia sampai kau alpa pada tanggungjawab kau.. "

Aku terdiam. Hati aku bagaikan dihentam halilintar. Sakit sangat. Terlalu perit untuk aku menerima kenyataan itu. 'Benarkah katanya itu ??'

" Aku memang bersalah. Aku memang tak tahu malu !! Sanggupnya aku menyeksa diri sendiri.. "

" Masih belum terlambat lagi untuk kau berubah.. jangan kau terlalu asyik mengenangkan kisah hitam.. kuburkan kenangan itu dan jangan dicari lagi.. Wani, memang sejarah takkan dapat dilupakan tapi perasaan taksub terhadap cinta perlu DILUPAKAN !! "

Kali ini airmata aku cepat berguguran. Setitik demi setitik. Aku tak dapat menahan perasaan aku lagi. Ombak di hati aku kuat bergelora. Ribut kekecewaan aku tak dapat dibendung lagi. Bibirku tergetap membisukan tangisan. Parah. Teruk aku rasakan betapa hinanya aku menagih kasih pada orang yang tak pasti dengan keikhlasan aku. 'Ahh,persetankan semua itu !! Sudah tak bermakna untuk aku lagi..'


" Bukankah kau selalu pesan, MENANGIS itu lebih baik daripada MARAH ?? Luahkan saja keperitan yang sudah lama kau pendamkan.. orang yang mengalirkan AIRMATA itu tergolong dalam kalangan orang yang BERSABAR dan orang yang bersabar adalah orang yang BERIMAN serta DIKASIHI oleh Allah.. bukankah itu LEBIH BAIK ?? "

Ohh, itu memang prinsip aku !! JIWANG+PEMENDAM+CENGENG. Itu semua perangai aku. Oleh sebab itu, aku selalu bermasam muka. Gelaran 'Muka Ketat' itu memang sesuai untuk aku. hrmm Tahu kenapa ?? Sebab takkan ada sesiapa yang FAHAM dengan apa yang aku mahu !! Hidup aku selalu ditentukan oleh orang lain. Keputusan aku belum tentu akan didengar. 'Aku nie tak layak bersuara pun..'

" EGOkah aku untuk menahan tangisan ini ?? HINAkah aku untuk menyimpan semua kedukaan aku ?? TERUKkah perangai aku untuk menyendiri dan berjauhan dengan kalian semua ?? Walhal, kalian semua tak pernah tanyakan aku, apa itu KEBAHAGIAAN yang aku ingini ?? Aku tak salahkan kamu semua. Aku sendiri yang mengambil keputusan untuk BERDIAM DIRI. Rela mengunci kata-kata aku untuk didengari. Sebenarnya, aku dalam diam suka menilai seseorang. Tak kiralah siapa pun, aku tetap akan menilai. Kalau aku tersalah menilai, aku sendiri akan cuba mencari jalan untuk perbaiki kesilapan itu.

" Tidak sesekali aku akan MEMBURUKKAN orang lain. Tidak sesekali aku ingin MENYAKITI hati orang lain. Tidak sesekali aku ingin MENANGIS di depan kalian semua. Sebab itu bukan aku !! Tapi sungguh SEDIH HATI aku, bila aku sendiri dipermainkan perasaan. PILU HATI aku bila orang sanggup memburukkan aku. KECEWANYA HATI aku bila orang tidak memahami diri aku yang sebenar walaupun sudah bertahun lamanya kenal.

JIWA aku. SUARA aku. FIKIRAN aku. Jauh berbeza dari orang lain. Pemikiran aku terlalu MATANG sampaikan aku tak tahu untuk enjoy dengan life aku di usia remaja ini. Selama itulah, aku hanya mengikut tindak-tanduk orang lain sahaja. Belum pernah aku jadi diri sendiri. Entah bila aku akan BERUBAH.. "

" Wani, kenapa kau selalu biarkan orang lain menguasai diri kau ?? Mengapa kau tak cuba memahami keinginan mereka pula ?? Kenapa perlu kau seorang yang melalui semua ini ?? Sedangkan manusia perlu ada sikap bertolenrasi dan saling mengasihi. Jadi, perlukah kau biarkan diri kau kehilangan sehingga kau lupa SIAPA diri kau sebenarnya ?? "

" Aku dah PENAT !! Puas aku mencuba sampai akhirnya aku tersungkur jatuh. Aku LEMAH dalam memperjuangkan hidup aku sendiri !! Aku hanya mampu pertahankan IMAN aku. Tak mampu untuk melawan tapi boleh mengelak dari terus HANYUT.. "

" Bersyukurlah dengan apa yang kau miliki. Kebahagiaan itu pasti akan datang. Cepat atau lambat, itu ketentuanNya. Kelak, kau takkan menyesal. Percayalah pada janjiNya. Insya-Allah.. "

" Baiklah, aku REDHA atas ketentuan ini. Aku masih punya keluarga yang lengkap, cukup segala keperluan. Aku sanggup BERKORBAN kasih demi mereka yang mencintai aku lebih dari diri aku sendiri. Maafkan aku kerana terlalu jauh tersasar sehingga lupa dan abaikan sesuatu yang ternilai buat aku. "

Mungkinkah aku akan tersedar dari JALAN HITAM yang akan memakan diri aku kelak ??

kekuatan aku dirantai kesedihan
p/s: ini semua antara AKU dan WANI. Ini caranya untuk aku memuhasabah diri aku sendiri. Supaya aku takkan lari daripada menanggung semua keperitan itu dan inilah hasil karya LUAHAN HATI aku sendiri.

2 comments:

kak long said...

nice entry!!!.... sy ske !! can we share it?? hehe....follow my blog
http://nasiputehsupayam.blogspot.com/

Waniey Shaari said...

thanks dear. u can share it! but promise,'rahasia hati aku hanya milik kamu..' =)