text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Thursday, August 2, 2012

HILANG TIDAK BERGANTI

          assalammua'laikum semua.. hari nie aku takde mood skit.. tah kenapa! skang nie my boyfriend mungkin tengah sibuk, tengah tidur.. tak tahulah tapi aku mahu luangkan masa bercerita tentang PERSAHABATAN aku selama aku hidup 21 tahun nie.. (kantoi!)


          iya.. sesiapa pon tahu aku punya BEST FRIEND FOREVER.. si NANA.. aku mengenali dia sejak TINGKATAN DUA lagi dan kami berkawan hingga kini.. setiap dugaan persahabatan kami lalui bersama.. tetap utuh berdua walaupun berjauhan.. dia lah pemangkin semangat aku ketika aku dirundung kekecewaan dari insan bernama lelaki.. dia seorang perempuan yang tidak punya jiwa sentimental tapi sangat memahami tentang siapa aku sebenarnya.. kami berdua berbeza perangai tapi saling memerlukan! kami berdua berbeza citarasa tapi saling mengerti akan pilihan masing2 terutamanya BAB CINTA.. kami kenal lama tapi mula rapat sejak masuk sekolah teknik sebab kami duduk satu DORM dan KELAS yang sama! selama berkawan kita nampak 12 jam aje perangai dia.. tapi bila duduk asrama, kita boleh kenal kawan kita selama 24 jam tuh.. alhamdulillah.. tempoh tuh telah banyak memberi aku peluang mengenalinya..


          setiap peralihan zaman, aku mempunyai kawan2 yang cukup sempurna dalam hidupku.. masa sekolah kita punya kawan yang sungguh menghiburkan.. yela kan, masa zaman hingusan mana lah tau erti cinta lagi.. tak tahu nak saket hati atau kecewa.. yang kita tahu, belajar rajin2.. kalau tak lulus peperiksaan, kita akan menangis.. takpun kita sedih sebab hilang kawan atau tak sama kelas dengan kawan baik kita tuh.. dan macam hal lah.. ikutkan cerita, aku nie lebih suka berkawan dengan lelaki.. sebab dorang nie gila sikit! tapi lama2 aku 'melekat' dengan KAUM HAWA gak.. tak berani nak kawan dengan lelaki lama2.. OPS!


          aku nie ANAK POLIS.. jadi duduk kuarters sejak umur 2 bulan lagi tau! tapi duduk kat KEM CHERAS dekat hampir 19 tahun jugak then berpindah ke KEM SEMENYIH nie.. tadika aku belakang blok aku aje.. tak jauh nak pon ke TADIKA KEMAS tuh.. then aku ada jiran2 yang sangat peramah dan bukan setakat isteri-isteri polis aje ada kawan bila suami bertugas tapi anak2 mereka turut berkawan baik tau! aku ada GENG namanya ANJE, MAZLEEN dan IZZATI.. hubungan kami sejak kecik lagi terputus sejak Ezzah dan Mazleen berpindah.. tapi disebabkan mak-mak kami masih berhubung hingga kini.. jadi tak susahlah aku nak mencari mereka.. haha


          seriously, dulu aku pernah rapat dengan seorang lelaki masa sekolah agama dulu.. namanya FAIZ.. kami satu kepala jugak.. paling aku ingat, kami pernah main kejar-kejar depan kelas! dia lah satu-satu lelaki yang buat aku selesa bila berkawan.. mana taknya, masa DARJAH DUA dah ada orang ADMIRE aku.. siap bagi SURAT CINTA pulak.. memang gila! pastu naik DARJAH LIMA, ada kawan kelas aku telah LUAHKAN perasaan dia then boleh MENGAKU depan ustazah lagi! ishhh..dua kali otak gila! tapi bila pikirkan balek, memang tergelak lah kan.. mak aku cakap, dulu ada budak lelaki cium aku! aku ingat kisah Lagenda Budak Setan aje tapi rupanya.. aku betol2 tak ingat! mak aku cakap, balek rumah aje aku dah menangis then aku mengadu lah kan.. pastu bapak aku terus jumpa mak budak lelaki tuh.. pe terjadi? wallahu'alam lah.. tuh kisah lama, sesiapa pon dia.. AKU MAAFKAN..


          bila naik sekolah menengah, aku juga terputus hubungan dengan kawan lelaki aku tuh.. kiranya selama 6 tahun jugak kami berkawan then terpisah selama 9 tahun lamanya! adoyaii.. tu pon jumpa jugak facebook dia tau.. masing2 dah bertukar numbor telefon tapi tak pernah jumpa jugak.. tiga tahun lepas ada jugak plan nak jumpa tapi ada masalah bila aku dilanda DEMAM DENGGI pulak.. kesian dia menunggu aku! SORRY lah bro.. hehe paling tak boleh blah, bila kami share story tentang CINTA PERTAMA kami.. tapi masing2 memendam rasa aje lah kan kat mereka yang 'bertuah' tuh..


          ops! aku lupa nak cerita.. aku juga ada berkawan baik dengan SITI.. aku kenal dia masa DARJAH LIMA dulu.. tu pon melalui kawan lain jugak.. kawan kelas aku yang kenalkan dia kat aku.. kononnya kami rehat sama2 masa tuh.. alang2 'tumpang' berkawan sekali.. alih2 aku yang berkawan dengan dia hingga kini tau! aku lagi lama berkawan dengan dia berbanding Nana.. kami terpisah masa nak masuk sekolah teknik dulu.. dia berpindah ke teknik NEGERI SEMBILAN dan aku ke KAJANG lah.. keluarga mereka sangat baik dengan aku.. mak dia selalu buat LEPAT PISANG untuk aku tau! rindu sangat lah.. aku pon pernah tumpang rumah mereka kerana nak temankan Siti kat rumah.. tak silap aku mak dia saket masa tuh.. jadi dengan rela hati aku temankan dia DUA HARI SATU MALAM.. pakej kan? haha


          aku juga cuba mencari kawan lelaki jugak.. bukan kurang kasih sayang ye.. tapi cuma mahu mencari teman seperti Faizz.. memang ada tapi sayangnya tak berkekalan.. kesilapan itu berpunca dari aku.. tapi tak perlulah aku nyatakan sebab nye.. itu lah padahnya kalau kita bercinta dengan kawan baik sendiri.. teettt!! lama-kelamaan aku temui seorang lelaki nie.. dia memang baik! aku kenal dia tiga tahun yang lalu di KOLEJ SWASTA.. kami duduk satu kumpulan.. memandangkan dia paling tua, jadi kami lantik dia sebagai KETUA KUMPULAN SATU.. pada sesiapa yang mengenalinya, maafkan aku.. bukan niat untuk aku mengungkit kisah lama tapi nie lah luahan hati yang tak dapat aku curahkan sampai bila2..


          walaupun dia amat menjengkelkan aku pada mulanya tapi lama-kelamaan sifat dia sebagai kawan yang baik kian terserlah.. pernah suatu ketika kami mendapat tugasan sempena HARI IBU.. setiap kumpulan diberi pilihan untuk MEMBUANG salah seorang ahli keluarga kami.. memang berat tugasan tuh! tapi kami 'didesak'.. akhirnya dia 'merelakan diri' untuk disingkirkan.. walhal senior kami hanya menguji sejauh mana keteguhan keluarga kami sehingga sanggup menyingkirkan salah seorang daripada kami! bayangkan bila si bapa merajuk.. kami pon menyuruh si anak sulung memujuk bapanya pulang.. memang degil bila dipujuk taknak balek pulak.. lagi suka duduk atas pentas tuh! geram betol..


          ikutkan cerita, aku pernah lepak dengan 'keluarga' baru nie.. segelintir 'keluarga' yang aku kenal masa  SESI ORIENTASI tuh.. sumenya lelaki lah.. masih aku ingat saat aku buat pengakuan bahawa aku sudah berteman.. tapi pengakuan aku tidak disambut baik.. sume asyik tanya kenapa, mengapa, bila dan siapa! pelik aku.. sungguh hairan.. tak tahu lah bagaimana aku tahu tapi akhirnya dapat tahu, rupanya ada 'mereka' yang memendam rasa.. alahai! mungkin salah aku kot.. yela mula2 aku cakap taknak kapel then nak single forever.. tup tup dah tersangkut dengan mamat sekolah teknik aku dulu! sorang demi sorang pergi dari hidup aku.. tapi dia tak.. dia tetap menjadi kawan aku sepanjang aku belajar di sana..


          bila kawan kelas kacau aku, mesti dorang cakap.. " hey, jangan kacau lah.. nanti ada orang marah.. dia jaga wani tuh.. " walaupun aku rasa kelakar tapi aku terharu kerana ada orang masih mahu menjaga aku seperti dulu.. terima kasih kawan kerana selalu mengambil berat pasal aku.. hrmm dia banyak tahu perihal isi hati aku.. pernah kawannya menaruh hati pada aku dan dia lah menjadi orang tengah nye.. mesej dia masih ada dalam laptop aku nie.. aku takkan padam sampai bila2.. sebagaimana aku takkan lupa detik terakhir pertemuan kami.. dia mencurahkan segala isi hati terpendam.. kelihatan dia sungguh resah tapi cuba sembunyikannya daripada aku.. aku mendengar sepenuhnya.. siapa duga, itulah luahannya yang kali terakhir aku dengar.. hrmm


          dia banyak nasihatkan aku tentang CINTA.. kali terakhir kami berjumpa pon dia sempat kenal siapa INSAN MISTERI yang berjaya mencuri hati aku setelah setahun aku menyendiri.. macam biasa dia mendengar dengan penuh teliti.. aku hargai kedatangan dia kerana sanggup menunggu selama DUA JAM semata-mata nak LUNCH dengan aku.. dah lama kami tak jumpa sejak praktikal.. satu KL SENTRAL nampak kami berdua dan ramai sangkakan dia boyfriend aku! haha mana taknya, leka berborak sampai tak sedar waktu rehat aku dah habis sejam yang lalu! haha hingga kini aku masih ingat pesanan dia yang terakhir.. katanya; " lepas nie aku taknak kau kecewa lagi.. aku taknak dengar masalah kau tentang lelaki nie.. jangan lepas nie mengadu kat aku ada lelaki kecewakan kau ye.. aku harap dia lelaki baik untuk kau.. dan simpan rahsia kita berdua okay? " maafkan aku kawan bila rahsia kau, aku ada ceritakan pada beberapa kawan kita.. tapi percayalah aku bukan memburukkan kau.. ada kalanya mereka perlu tahu kebenarannya..



          mendengar kata2 dia membuatkan aku yakin dengan PILIHAN TERAKHIR aku nie.. aku yakinkan dia bahawa lelaki nie takkan kecewakan aku.. dia adalah lelaki yang paling berbeza pernah aku jumpa.. aku jugak berjanji akan temukan mereka.. tapi sayang.. ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA.. dia telah pergi buat selamanya.. benar! itulah pesanan dan pertemuan kami yang terakhir.. masa tuh sudah jelas segalanya tapi aku menafikan.. dahulu dia pernah sedarkan aku bahawa kehadirannya lebih dari SEKADAR KAWAN.. walaupun secara kiasan tapi.. hrmmm aku meyambut luahannya dengan hambar.. aku sangkakan dia lah kawan yang terbaik sebab tu aku tak boleh terima dia lebih dari seorang kawan! maafkan aku.. namun dia seorang lelaki yang budiman.. kami tetap berkawan macam biasa.. kadang2 aku bersikap kasar dengannya.. bff aku pernah tegur bahawa cara aku tuh salah.. katanya; " biarlah lelaki tuh sukakan kita tapi kita jangan sakitkan hatinya.. bukan salah dia kalau dia suka kat kita.. tak baik.. kesian aku tengok dia dapat layanan macam tuh dari kau.. "




          sekali lagi aku memohon maaf! aku tak berniat nak sakitkan hatinya.. sebenarnya dia lelaki yang baik samada untuk kawan atau kekasih.. meskipun dia tak pernah bercinta tapi sebenarnya dia berjiwa romantik.. aku kenal sikap dia tuh.. aku taknak pisang berbuah dua kali! aku mahukan sahabat sepertinya sebab tu aku tak boleh terima cintanya.. tatkala aku mengetahui dia sudah punya teman.. hati aku terasa luluh! aku tanya diri aku sendiri.. " dulu masa dia suka kau.. kau kata dia terlalu baik.. kau nak dia jadi kawan baik.. tapi bila dia dah ada girlfriend sendiri dan nak mulakan hidup baru pon.. kenapa perlu kau rasa sedih? kenapa mesti kecewa pulak? " bertubi-tubi soalan menghimpit benak fikiran aku.. siapalah boleh tahu bahawa sebenarnya aku jugak sukakan dia! demi Allah, aku dah mula sayangkan dia..


          tapi sume tuh dah terlambat.. aku tau dia telah temui gadis yang benar2 layak dijadikan isteri.. sebab tuh lama aku pendamkan rasa nie.. tak siapa pon tahu bahawa aku berselindung dengan 'keterangan palsu'! aku pernah mengatakan bahawa aku sukakan orang lain.. padahal.. dan aku selalu berasa cemburu melihat kebahagiaan dia.. setiap kali dia mengadu duka, aku terasa peritnya.. aku hanya mampu memandang dia jauh.. dan kini aku jugak akan memandangnya lebih jauh.. dia benar2 sayangkan kekasihnya tuh! dia pernah cakap bahawa dia berjanji dengan dirinya sendiri mahu peristerikannya.. alangkah sayangnya..


          aku bukan sengaja mahu mengungkit tapi.. aku pernah buat satu kuiz.. dan tak sangka jawapan kuiz tuh betol! dia ialah lelaki yang aku suka tapi tak dapat meluahkan perasaan padanya dan kerana EGO aku telah TERLEPAS kasih.. tapi mungkin nie hikmahnya.. andai kata kami bersama then realitinya pon dia telah pergi menyahut seruan Illahi.. apakah aku mampu menerima bebanan berita tuh? mungkin tidak.. hanya girlfriend nye tuh yang dapat menanggung rasa kesedihan tuh.. lagipun girlfriend nye memang layak mendapat kasih dari lelaki sepertinya.. dia juga harapkan girlfriend nye akan KEKAL BAHAGIA walaupun bukan bersamanya.. dia juga tahu siapa lelaki yang mampu menjaga girlfriend nye setelah ketiadaannya.. sungguh jelas segalanya! aku tersentuh mendengar 'amanat'nye yang terakhir.. kini aku mengerti dan redha atas segalanya..
       

           yang paling menyedihkan aku bila mana aku sendiri tak dapat bercakap dengannya di saat2 akhir pemergiannya.. aku sanggup meninggalkan tugas dan bergegas ke hospital bila dapat tahu dia berada di tahap kritikal.. menitis airmata aku menulis surat perlepasan ke penyelia aku.. dengan sekuat hati aku melangkah untuk bertemu dengannya.. mungkin untuk KALI TERAKHIR nye! aku minta tolong abahku untuk hantarkan aku dan kawan2 aku ke hospital.. kami sempat sampai ke hospital tapi tak sempat nak berjumpa kerana masa tuh doktor nak buat check-up kat dia.. masa pembedahan aku tak datang.. masa dia koma jugak aku tak datang.. jadi aku nekad untuk menunggunya.. mengharapkan takdir menyebelahi aku.. dengan penuh harapan..


          selang beberapa minit.. " dia dah takde " itulah ayat yang terpacul dari mulut adik kandungnya sendiri! kami semua berlari menuju ke arah katilnya.. aku terharu bila ramai orang turut hadir di saat2 akhirnya nie.. walaupun aku tak dapat bertemunya, sekurangnya sebelum dia pergi, aku sempat berpeluang bertemu dengannya dan berborak seperti awal persahabatan kami dulu.. perlahan mak arwah membuka selimut yang melitupi mukanya.. memberi aku masa untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.. airmata yang aku sangka kering, mengalir lagi.. aku menahan tapi gagal untuk aku mengawal perasaan yang kian memuncak! aku melihat sekeliling.. sempat hatiku meluahkan; " ramai betol orang sayangkan kau.. aku pon sama sebab kau kawan terbaik aku jugak.. aku nak kau cepat sembuh.. kita berjumpa dan berborak macam dulu lagi.. tapi.. kenapa kau tak tunggu aku.. kan aku dah kata nak bawak kau jumpa dia.. dan aku cuma mahu berbisik di telinga kau.. nak bagitahu yang aku dah datang.. aku takot kau berkecil hati kalau tahu aku tak datang melawat kau! maafkan aku.. aku cuma lewat 5 minit aje.. tapi aku dah datang, amer.. "




P/S: " SAHABAT, mungkin kehadiranmu telah BERGANTI tapi persahabatan kita akan KEKAL walaupun dalam KENANGAN sahaja. kini kau tak dapat MENDENGAR dan BERKONGSI masalah dengan aku tapi SI DIA dapat menyembuhkan kesakitanku selepas PEMERGIANMU. akan aku hargai lelaki itu kerana dialah CINTA TERAKHIR aku. terima kasih atas segalanya. aku doakan agar kau AMAN bertemuNya. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. "

2 comments:

Anonymous said...

tiba2 air mata bertakung baca entry ni... :'(

Waniey Shaari said...

sabar ye :) wani pon dh lama mmendam prasaan. sbb tu trniat nak publish entry nie. thnks sbb sudi luangkn masa utk baca blog wani.