text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Thursday, May 5, 2011

BEGITUKAH CINTA

          aku selitkan lirik lagu yang terbaru oleh Nazim Othman. lagu nie dimainkan dalam cerita Begitukah Cinta di Slot Akasia, TV3. aku suka sangat cerita nie. walaupun jalan cerita agak similiar dengan mana-mana drama. pertama kalinya aku menitiskan airmata demi cinta sejati yang kononnya masih wujud di zaman moden nie.
          bukannya aku tak percaya dengan makna CINTA SEJATI. walhal,aku sendiri masih menanti cinta sejati dari sang suami (belum wujud lagi..) yang bakal mencorak kehidupan aku buat selama-lamanya. utk berkahwin,memerlukan tanggungjawab yang amat berat utk dipikul. oleh itu,kita perlu kukuhkan sikap ambil berat antara satu sama lain,kepercayaan dan kejujuran juga sentiasa ada dalam menjalankan peranan sebagai suami dan isteri.
          berbalik pada drama bersiri tersebut,aku terkesima melihat watak Nazril (Nazim Othman) yang sanggup meninggalkan keluarga dan kemewahan demi mengejar cinta sejatinya,Riana ( Ainul Aishah).


          hrmm terlalu banyak halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi. demi mengukuhkan hubungan cinta tersebut,mereka berkahwin tanpa pengetahuan dan restu keluarga masing2. kasihan aku melihat ahli keluarga yang merana atas perbuatan mereka. tapi itu semua adalah yang terbaik. walaupun umur mereka masih muda dan Nazril kelihatan belum cukup matang utk melalui kesusahan bersama isterinya. mujurlah,Riana,seorang gadis kampung sudah biasa dengan kesusahan hidup cuba utk memujuk hati suaminya agar sentiasa sabar dan kuat dalam mengharungi kehidupan bersama.
          sedang mereka bergembira utk menyambut kelahiran cahaya mata pertama,nasib malang mula menimpa mereka. apabila Nazril telah mengalami kemalangan semasa menghantar isterinya ke hospital. akhirnya lelaki buta itu bertambah agresif dan alpa dalam menjaga rumahtangga bersama isteri dan anak lelaki yang tercinta,Syakir. dek kerana mengenang nasib,Nazril terus hanyut dengan 'kehidupan gelapnya' itu. dia fikirkan hidupnya tak bermakna dan sering bergaduh dengan isterinya kerana mengungkit kisah hitam Riana sebelum bergelar isteri. sedih aku melihat watak Riana itu. sudahlah dia pergi jauh meninggalkan neneknya dan hidup bersama Nazril yang suka berfikiran negatif  dan tidak menghargai hasil kerja keras Riana yang cuba menyelamatkan rumahtangga mereka demi masa depan anak mereka.
          tiap isnin hingga khamis aku takkan ketinggalan menonton drama bersiri tersebut. aku tersenyum lebar melihat watak adik Nazril yang dimainkan oleh Ramona (Finalis Dewi Remaja) dan watak suami adik Nazril tu dilakonkan oleh Hafiz (Finalis Anak Wayang). ini kerana,mereka baru sahaja melangkah masuk ke industri seni ini tapi telah berjaya melakonkan watak dengan begitu baik. Tahniah !!
          akhir cerita ini?? biasa larhh..atas keizinan Allah,mereka semua tetap bersatu. nak dijadikan cerita,dorang nie kahwin senyap2 sebab mak Nazril tidak merestui perkahwinan mereka. tapi kerana kesungguhan dan kebahagian yang telah mereka kecapi,orang tua masing2 itu redha atas ketentuan Illahi. sedangkan Allah mengizinkan hubungan merak,inikan pula manusia biasa yang hina disisi Allah.
          alhamdulillah.. lebih membanggakan aku,para pelakon nie shooting kat KPTMB.. tempat sama aku menimba ilmu. haha mata aku elok melirik ke arah NM tu. perghh !! hensem seyhh.. aku memang minat gila kat dye since dye berlakon cerita Awan Dania lagi. so,aku takkan lepaskan peluang utk melihat dye. haha aku ingat lagi,masa tu dye ngah pakai baju wane biru. baek aje aku usha dye dalam diam. tup tup,dye pun toleh pandang aku balek. maybe dye terperasan kot de mata yang galak memandang dye. haha

salah satu scene mereka

No comments: