text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Wednesday, May 30, 2012

INSAN MISTERI

          hHyyeee kawan2..seperti yang aku janjikan, aku nak cerita sedikit mengenai 'KEKACAUAN' jiwa aku sekarang nie..(hehehehe) aku mungkin tak boleh nak tunjuk gambar dia sebab nyee..RAHSIA lah..kalau sesiapa yang pernah mengikuti entri blog aku selama nie..mesti akan paham, mengapa aku terlalu berahsia..walhal kami ada juga berhubung melalui MUKA BUKU..cuma tak boleh letakkan IN RELATIONSHIP WITH teeettttt..!! dan DIA adalah INSAN MISTERI ku..My Dear, IM :)

          
          aku tahu blog nie laman sesawang untuk semua orang..UNLIMITED! jadi, blog yang dikatakan ‘laman sosial’ nie sebenarnya adalah ‘laman peribadi’ untuk aku..mungkin kalian tak berapa mengerti kan..sememangnya aku nie jenis yang mahu berkawan tapi aku punya sebab tertentu kenapa aku lebih habiskan masa ATAU luahkan perasaan dalam blog nie..jadi, JANGAN TANYA AKU yaa..pada sesiapa yang membaca entri aku, silalah ikut peraturan aku yakni, ‘sshh..rahsia aku milik kamu..’ bererti jangan cuba menyampaikan entri aku kepada sesiapa pon..aku takkan sampaikan AMARAN kalau aku tidak ‘terkena’ ok! hanya pada FOLLOWERS aku bercerita dan bukan pada orang lain..


          berbalik pada cerita IM..perkenalan pertama antara AKU DAN DIA adalah detik paling MANIS dalam hidup aku..ini kerana, setelah hampir DUA TAHUN hati aku terluka dan sepi kerana insan bernama lelaki, akhirnya terubat BAHAGIA sehingga membuatkan pintu hati yang lama berkunci telah terbuka dengan seluasnya demi IM..seriously, nie adalah CINTA PANDANG PERTAMA aku!! memanglah aku pernah alami keadaan camnie tapi hubungan itu tidak berkekalan pon..tapi dengan lelaki nie lain..pandangan dari mata turun ke hati..lantas memberanikan diri aku untuk memulakan langkah..padahal aku belum pernah ‘MEMIKAT’ mana-mana lelaki sebelum nie..tak sangka ‘USAHA’ aku menjadi!


          mulanya aku tidak mengenali dia tatkala dia duduk bersama tiga kawannya yang lain..aku hanya perasan kehadiran kawan-kawannya dan BUKAN DIA! bila sampai satu masa, aku ternampak SUSUK TUBUH dia yang jauh berdiri membelakangi aku..entah mengapa, mata aku begitu asyik melihat di balik SISI WAJAH lelaki itu..tiba-tiba JANTUNG BERDEGUP PANTAS bila mendengar suaranya..meskipun kami tidak bersua muka tapi hati aku memberontak untuk mengenali SIAPAKAH LELAKI itu..jadi, aku perlu ‘dekat’ bersama dia..


          dalam masa yang sama, setelah lama aku ‘mengekori’ jejak langkahnya..akhirnya aku dapat melihat wajahnya yang MANIS itu menghadap di depan mata aku.. HAHA awalnya aku rasa lucu dan malu tapi aku perlu memberanikan diri dan tak salah kalau aku MENCUBA kan? tapi manalah tahu dia sudah berpunya kan..(harap-harap tak lah kan)..

        
          sebenarnya, jangkaan awal aku lah..dia adalah lelaki yang SOMBONG! bila aku tanya soalan, sepatah lah jawapannya yang aku dapat..dia macam JUAL MAHAL dengan aku! isshh..mengada betul lah kan..sudahlah aku buang ego nak berkenalan dengan lelaki tak banyak cakap macam dia tu..lepas tu, aku tebalkan muka aku yang tak berapa cantik nie nak berbual dengan dia..tapi lain yang aku try, lain pulak yang dapat..masa tu aku pon boleh TERSANGKUT dengan kawan dia pulak..yelakan, kalau orang SEGAK macam dia tu mana nak layan perempuan macam aku..(ikut kata hati aku masa tu lah kan..hehehee) kalau dah kawan dia lagi suka berkawan dengan aku, apa salahnya kan..jadi, aku pon ‘matikan’ sementara niat nak mendekatkan diri dengan IM tu..agak FRUST lah kan..hrrmm..


          malam itu, selepas penat bekerja..aku boleh terlena pulak! manalah mata nie nak tahan mengantuk kalau asyik dengar lagu zaman 60-an kan..bukan tak sedap lagu-lagu tu, tapi bukan jiwa aku lah..aku nie budak zaman 90-an lah..layan lagu ROCK JIWANG aje..hehehe tapi ada satu hal yang buat aku betul2 IMPRESSED malam tu..bila pertama kali aku mendengar suara dia MENYANYI! wahh..aku betul2 TANGKAP CINTAN dengan suara dia tau! masa tu, mata aku dah berat sangat tapi boleh tersedar bila terdengar suaranya yang agak sayu itu menyanyi lagu DARA PUJAAN – L.RAMLI..gila lah! masa tu lagi khusyuk aku layan dia menyanyi daripada yang lain tau..


          nak dijadikan cerita..lepas aku terlena tu, aku cepat tersedar dari tidur..mana taknya, tidur bawah penghawa dingin tanpa berselimut..itu memang pantang tidur aku! masa kecik dulu, aku nie PESAKIT ASMA..ingatan aku masih jelas bila mana aku kerap berjumpa dengan doktor gara-gara penyakit semput aku tu..kena sedut gas pulak! disebabkan itulah, abah tak biasakan aku ‘hidup’ dengan PENGHAWA DINGIN..tidur pun kena berselimut..hal nie membuatkan aku lebih lama untuk bertahan PANAS daripada SEJUK..kawad kaki 3-4 jam bawah sinaran matahari terik, aku boleh BERTAHAN tapi duduk tak sampai sejam dalam bilik berhawa dingin, boleh buat aku DEMAM! aku memang tak boleh kesejukan! pengalaman paling teruk pon, pengsan ajelah..


          sedar-sedar dari tidur, aku cuba untuk melihat sekeliling..OPS! rupanya IM tak lari jauh pon..elok aje dia tidur kat TEMPAT DUDUK BELAKANG aku..dan ternyata, dia juga dalam kesejukan seperti aku..tak lama kemudian, dia beralih tempat..mungkin dah tak sanggup nak MENAHAN SEJUK kot..kemudian aku melihat kawannya yang juga sudah enak dibuai mimpi..memang lucu melihat lelaki yang tinggi lampai sepertinya boleh tidur lena di tempat duduk yang sememangnya tidak sesuai untuk dia langsung! dan IM, aku tidak dapat mencarinya..mungkin dia sudah jumpa ‘tempat tidur’ yang lebih selesa..jadi, aku pon kembali menyambung tidur yang tak sudah..


          selama tiga hari kami bekerjasama, ternyata dia lebih banyak MAKAN GARAM daripada aku..dia senang bercerita kisah lampaunya..bagi sesetengah orang, biarlah kisah lampau TERKUBUR dari pengetahuan orang lain tapi dia berbeza..setiap orang ada kisah lampau, tak kiralah dari segi LATAR BELAKANG, KELUARGA, PELAJARAN, PEKERJAAN dan PERCINTAAN..tiada manusia yang mempunyai kehidupan yang sempurna kan..aku leka mendengar setiap luahan dia dan kawannya..aku bukanlah jenis manusia yang cepat MENGHUKUM lah.. 'selagi kamu percayakan aku, selagi itulah aku akan dengar dan simpan masalah kamu baik2..itu janji aku!' cuma tak sangka perkenalan kami bertiga yang SINGKAT itu membuahkan hasil yang tak ternilai..aku sangat2 menghargainya..dan dengan selamba, aku meminta nombor telefonnya! HAHA


           bila aku sampai ke rumah keluarga, aku dapatkan rehat yang secukupnya..dan keesokkan harinya, aku ONLINE dan ADD mereka berdua di laman muka buku (hehehe)..tapi mulanya aku hanya berhubungan dengan kawannya dulu, itu pon melalui SMS aje lah..macam yang aku cakap,kawannya lagi senang nak berkawan dengan aku..kemudian, selepas TIGA HARI kami ‘berpisah’..aku memberanikan diri menaip MESEJ yang panjang untuk dia..masa itu, dia perlu melaporkan diri ke tempat kerja barunya..dan itulah kesempatan untuk aku memulakan langkah..aku jadi lebih yakin bila dapat tahu dia tu LELAKI BUJANG..tak lama tu, baru aku dapat tahu..dia baru PATAH HATI, jadi aku cuba mengubat hati dia yang lara itu..siapa duga, usaha dari seorang perempuan yang banyak MAKAN HATI seperti aku nie akhirnya menimbulkan BIBIT-BIBIT CINTA dia terhadap aku!


          awalnya hubungan kami seperti biasa LELAKI dan PEREMPUAN berkawan..aku cuma tak jangka yang lama-kelamaan kami jadi KERAP BERHUBUNG..mungkin kerana kami nie BUJANG..jadi aku cuba HILANGKAN SUNYI bersama dia dan sebaliknya sebab selama nie pon NOKIA kami jauh lebih sepi dari mulut kami..umur dia beza TIGA TAHUN dari aku, membuatkan wujudnya rasa HORMAT aku kepadanya sebab aku nie agak keras kepala sikit! tapi dia tahu MENGAWAL dan BIJAK membaca hati dan perasaan aku..


          bila seharian kami tak berhubungan, masing2 mula TAK KERUAN memikirkan keadaan orang yang JAUH dari mata kita..bila salah seorang MENGALAH, barulah mengerti SERANGAN JIWA yang melanda antara kami..ada sesuatu yang terjadi tapi kami tak tahu apa..bila aku dapat LAMPU HIJAU dari dia, aku pon tabahkan hati untuk memberitahu bahawa AKU SUKAKAN DIA..respon dia positif tapi bukanlah jawapan yang aku cari..memanglah aku tak harapkan dia menjadi PASANGAN aku tapi aku mahu dia tahu bahawa setiap hari, hati aku kian ‘terjatuh’ dalam harapannya..mula2 suka, kemudian rindu, lama2.......??


          tanpa ada kata putus, kami membuat JANJI TEMU untuk pertama kalinya..selama nie kami BERTIGA tapi sekarang BERDUA..apa perlu buat kan..kalau hati dah mula ‘tersampuk’ RINDU, rasa gemuruh pon sanggup harungi..HAHA pertemuan kali nie agak berlainan..dia bukan seperti lelaki sombong yang aku kenal pada dua minggu lalu..dia lebih RAMAH dan MESRA dengan aku..loghat UTARA itu takkan boleh lari dari lidahnya..UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI bila akhirnya aku dapat bertemu lelaki sepertinya..


         bila dah penat berjalan, kami berhenti rehat..tapi mulut dia sentiasa bercakap dan terus berkongsi cerita..samada pahit atau manis, semuanya aku sanggup telan! sebab aku mahu kenal siapa lelaki yang sudi memberi SINAR KEBAHAGIAAN untuk aku..seharian bersamanya membuatkan aku lupa setiap masalah @ tekanan di tempat kerja..rasminya pada tarikh 4HB FEB adalah detik bermula perhubungan kami!


          walaupun dia tak berikan kata rasmi bahawa aku adalah TEMAN WANITA dia tapi dengan kata kiasan bahawa ‘SUDI BERSAMA AKU LEBIH DARI SEKADAR KAWAN’..hal itu bukanlah satu masalah yang besar untuk aku kerana pentingnya adalah niat dia terhadap aku..aku tak boleh pertikaikan KEIKHLASAN dia andai aku sendiri yang mengorak langkah MEMULAKAN perkenalan kan? ALHAMDULILLAH kerana perhubungan kami berjalan dengan lancar..bagaimana aku kenal dia sebagai kawan, begitu jugalah dia memainkan peranan sebagai TEMAN LELAKI aku..


          belum cukup setahun tempoh perhubungan kami, dia telah berikan isyarat yang sangat mengejutkan aku bila dia mula menyuarakan hasrat MEMPERISTERIKAN aku! ya Allah, sepanjang aku mengenal cinta..dia lah satu-satunya lelaki yang serius memperkatakan tentang KAHWIN! memanglah bekas teman lelaki aku pon ada memberikan kata janji sedemikian tapi TANPA BUKTI aku takkan mempercayainya dan untuk lelaki seperti IM, dia sudah jauh merancang MASA DEPAN untuk kami..mugkin benarlah kata pujangga, 'kalau tiada untuk mengahwini wanita itu, jangan sesekali bercinta dengannya atau melukai hatinya'..ADA BENAR!!


         asalnya aku tak bersedia tapi bila difikirkan balik, PERKAHWINAN itu adalah kebahagiaan aku dan KEBAHAGIAAN aku adalah cinta dan CINTA adalah anugerah berharga dari ALLAH..dan aku harapkan ianya hadir daripada lelaki yang bergelar SUAMI..untuk dunia dan akhirat, aku mungkin bukan PELAJAR CEMERLANG dan aku mungkin tiada KERJAYA GEMILANG tapi aku punya HARAPAN..aku ingin menjadi ISTERI SOLEHAH untuk suamiku dan mahu menjadi IBU MITHALI untuk anak-anak yang diamanahkan oleh Allah untuk kami..syarat untuk PEREMPUAN sangat mudah tapi perlulah harungi setiap ranjau duri kehidupan DUNIA demi mengejar kebahagiaan di SYURGA..mudah-mudahan segala urusan kami dipermudahkan Allah.. AMIN :)

bersambung...

No comments: