text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Sunday, June 5, 2011

KISAH DONGENG

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya 
Sanggup menerima insan tak sempurna 
Atau mungkin cinta sebegitu hanya 
Kisah dongeng saja.. 

Belum pernah ku merasakan 
Dipeluk dalam dakapan 
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini 

Sanubariku memerlukan 
Kehadiran seorang teman 
Tulus mencurah kasih sepenuh hati 

Mencintai aku dengan seadanya 
Mencintai aku bukan kerana rupa 
Dalam waktu sedu 
Dalam waktu hiba 
Ku harapkan dia rela 

Mencintai aku dengan seadanya 
Sanggup menerima insan tak sempurna 
Atau mungkin cinta sebegitu hanya 
Kisah dongeng saja..


STACY

1 comment:

Intan Aina said...

suka lagu ni gak..=)
lirik best