text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Thursday, June 30, 2011

MANISNYA SEPAH NIE !!

Bujang Sepah Lalalitaplom
           AKU SAYANG SEPAH !! haha aku meminati mereka sejak kehadiran mereka di program RAJA LAWAK MUSIM 3 lagi. aku suka pembawakan diri JEP, MAMAT dan SHUIB. satu perkara yang aku hormati,bila mereka naik pentas serta-merta mereka akan jadi SEPAH. tapi bila tamatnya persembahan,aku tengok mereka bertiga nie tetap kekal sebagai NADZRI, MOHD NOOR dan SHAHMIRA. ini bermakna,mereka sentiasa menjadi diri sendiri. meskipun kehidupan peribadi dan pelawak jauh berbeza. sehinggakan aku rasa teringin sangat MENGENALI mereka dengan lebih dekat. apakan daya,aku hanyalah seorang PEMINAT.
Mamat, Shuib, Jep
          Terlalu ramai yang memberikan pandangan dari sudut negatif terhadap lawak-lawak mereka. walhal,masyarakat Melayu sendiri tak mahu 'pelawak merapu' dikekalkan dalam program MAHARAJA LAWAK tersebut. sekarang,bila ada yang layak bergelar JUARA,mengapa pula perlu dipersoalkan?? entah apa yang dapat memuaskan hati 'masyarakat' nie? bukankah lebih elok kita berfikiran POSITIF dan mendoakan supaya Sepah dapat membawa isu-isu 'masyarakat Melayu' dengan lebih baik?

anak jati KULAI, JOHOR

lebih baik bertiga !!
          KEMENANGAN Sepah telah membuktikan bahawa masyarakat sekarang tidak mengundi hanya bergantung kepada POPULARITI semata-mata. aduhai,aku sanggup mengundi mereka walaupun duit berhabis. ini kerana,itu adalah 'bayaran' untuk mereka kerana BERJAYA menghiburkan hati aku di kala suka dan duka. walaupun lawak mereka KASAR dan adakalanya berunsur 'double meaning' dahulu. tapi aku tetap maafkan mereka sebab mereka takde asas dalam melawak pon. mereka juga mengaku itu adalah diri mereka sebenar. lawak yang selalu mereka bawa dalam hidup masing-masing. apalagi yang aku nak ungkitkan??

JUARA RAJA LAWAK MUSIM 3

JUARA MAHARAJA LAWAK
          Walaupun mereka mendapat 'cerita' last minutes tapi nampaknya dengan gaya yang bersahaja,Sepah kekal berjaya mencuri hati peminat! itu membuatkan aku bertambah sayang!! haha aku tak pernah membandingkan Sepah dengan sesiapa pon. bagi aku,mereka lain daripada yang lain. aku hargai kehadiran mereka.

kawan sejati !!

gaya yang bersahaja
          Meskipun,kehidupan mereka tidak SEHEBAT Nabil (Juara-Raja Lawak 2) tapi mereka tetap berusaha untuk menjadi lebih baik! nama mereka juga tidak GAH seperti juara2 raja lawak yang lain. mereka telah melalui kehidupan yang sukar dan berliku. tanpa PENGURUS,kerjaya mereka juga agak kucar-kacir. KONTROVERSI yang mengaibkan diri mereka sebagai ARTIS BARU juga sedikit banyak telah menyekat perjalanan mereka sebagai anak seni. tapi,Allah itu Maha Adil bila sekali lagi pihak ASTRO telah menganjurkan program Maharaja Lawak pula! sekali lagi mereka naik ke pentas dan menempa nama dengan lawak yang bersahaja dan menggelikan hati penonton. kalaupun,Sepah bawa cerita 'masyarakat MELAYU',mereka juga ada  selitkan unsur-unsur yang berMORAL. maka,itu boleh dikatakan satu persembahan yang BIJAK dan BERANI !! sungguh aku merasa BANGGA dengan mereka.

MEREWANG

MERISIK

BERKHATAN
          Aku dah start Semester 5. jadi,tak dapat larhh aku nak menonton lawak mereka lagi. mujurlah,aku sempat tengok MAHARAJA LAWAK dan BUJANG SEPAH LALALITAPLOM. ending yang sangat memuaskan hati aku!! hehe selepas nie,aku akan terus MERINDUI Sepah. aku harap,orang ramai boleh bersikap ADIL dengan mereka. jangan pertikaikan kredebiliti mereka dan jangan melawan takdir. tentu ada sebab mengapa Allah berikan ANUGERAH yang berharga untuk mereka. mungkin REZEKI anak dan isteri shuib,SITI SARAH. hehe aku tak sangka dorang kawen! nie larhh suratan Illahi. aku tetap bersyukur. semoga mereka KEKAL ke akhir hayat. amin.

menanti kelahiran anak sulung

Adda (vokalis Butterfly+adek Rody Kristal) !!

          Semoga juga kumpulan SEPAH akan terus dihargai orang ramai. saya wakil PEMINAT SETIA mereka akan sentiasa menyokong mereka. Insyaallah~ aku juga bersyukur kerana niat mereka utk berpecah dibatalkan sejurus meraih kemenangan sebagai JUARA ML pada 24 JUN yang lalu. nampaknya Allah masih memberi peluang kepada kamu untuk berusaha LEBIH BAIK =)


BUJANG SEPAH 2000




p/s: agak Jep masih single lagi tak?? hehe



5 comments:

atikamohdnor said...

jepp saya punyaaa hahaha

Domo said...

brp die byr kau ni wanie? hahha. ;p

Anonymous said...

salam, dear Waniey..penulisan yang sangat baik.sama2 kita terus sokong SEPAH !!

Waniey Shaari said...

saya ikhlas menyokong SEPAH. sama2 doakan mereka oke. =)

Waniey Shaari said...

atikamohdnor: jep tu milik semua larhh.. hehe
polka dot: nie laman blog peribadi aku. takde kaitan dengan 'bayaran' larhh.. hehe