text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Monday, May 17, 2010

JANGAN BERMAIN DENGAN TAKDIR

aku bukan terlalu taksub..
tp..sejak kematian beliau..
aku semakin sedar yg aku makin alpa..
aku sudah bermain dgn takdir..
aku tidak mahu kalau tiba satu masa aku 'pergi',
aku akan menyesal..
kelak,nasib aku akan dihitung juga..
entah apa nasib aku nanti..
mampukah aku menuju ambang syurga??
ataupun,layakkah aku menjadi ahli syurga kelak??
wallahu'alam..
Ya Allah..aku benar2 mahu insaf..
aku ingin ubah corak hidup aku..
namun?? aku masih lagi terumbang-ambing!!
apa kesilapan aku??
adakah keinsafan yg aku rasakan hanyalah sementara shj??
tiap kali aku fikirkan utk bertemu dgn Kau,
aku pasti akan menitiskan airmata..
kenapa?? adakah aku belum cukup kuat utk mencintai Kau..
bila aku mengadapMu,hati aku sungguh tenang..
sungguh aku bertawadduk kepadaMu..
kadang-kala aku takut bahawa Kau tidak mahu menerima cintaku..
aku tahu,aku tidak harus buat tafsiran sebegini..
tp,hal ini yg sering menghantui fikiran dan hati aku..
sesungguhnya Kau Maha Berkuasa,ya Allah..
sesekali pun aku tidak akan menyukutukanMu..
sedetik rasa pun tidak aku berniat akan mempertikaikan kebesaranMu..
aku percaya akan semua janjiMu,ya Rabbi..
aku hanya mampu merancang dan Kau yg menentukannya..
aku berserah dan pasrah..
sungguh aku redha dgn setiap ketentuan yg Kau telah aturkan utk aku..
cuma aku pinta,jika tiba masanya aku kembali kepadaMu..
izinkan aku datang dgn keadaan beriman..
wallahu'alam..

redha perlu dicari dan bukan dinanti

No comments: