text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Wednesday, April 28, 2010

AL-FATIHAH UNTUK MU

pada 17 April 2010..
perginya seorang artis yg aku gemari..
lagunya yg sering menjadi pujaanku..
walaupun aku bkn sering menatap wajah dan memujanya..
tp,aku benar2 sedar akan kehilangannya..
aku terlalu sedih dan kecewa..
apakan daya,ini takdir Illahi..
pemergiannya banyak menyedarkan aku..
sayang seribu kali sayang..
moga rohnya dicucuri rahmat..
moga arwah terletak dlm golongan orang2 yg beriman..
sesungguhnya arwah juga telah berjaya membimbing seorang isteri yg solehah..
"syurga isteri di bawah tapak kaki suami"
itulah pesanan yg terakhir seiring amanah yg perlu dilaksanakan..

berdosanya aku krn hingga kini aku msh menangisi kematiannya..
senyuman arwah tidak akan aku lupakan..
aku akan sentiasa mendoakannya..
walaupun aku tidak boleh ikuti perkembangannya,
aku msh boleh menyokong 'sahabat baik' arwah..
benar,aku mengharapkan aku bertemu dgn lelaki yg sebaik arwah..
amin ya rabbal'alamin..=)

 " Achik dan Tasha "

No comments: