text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Monday, May 24, 2010

PERCAYA PADA SATU HUBUNGAN

setiap org ingin bercinta..
dan aku juga ingin dicintai..
tp tidak ada org akan faham..
bahawa aku hanya percayakan pd satu hubungan..
iaitu PERKAHWINAN..



setelah berkahwin,
aku akan letakkan seribu kepercayaan pd 'si dia'..
krn waktu itu,aku sudah yakin yg 'si dia' sudah ditakdirkan menjadi suamiku..
aku hanya impikan 'percintaan dalam perkahwinan'..
zaman sekarang bkn senang nak cari lelaki yg punyai komitmen dlm perkahwinan..
sebab itu,aku hanya tunggu 'jodoh dari Allah'..
krn keputusanNya lebih kekal abadi..
biarlah cinta aku untuk si suami sampai syurga..
dan aku akan taat dengannya utk dunia dan akhirat..
janji Allah,janji yg benar..
aku percaya akan kebesaranNya..
apa yg penting,aku perlu bersabar..
menanti hikmah yg terjadi..
ada sinaran bahagia yg sedang menunggu aku..
bila?? hanya Allah yg tahu..
aku redha akan takdir aku selama ini..
jadi,aku berserah atas pilihanNya..

aku berharap dapat bertemu dgn seorang lelaki yg baik..
'lelaki yg dapat menjaga solatnya'..
ustaz bilang,kalau lelaki itu dapat menjaga solatnya..
maka,dia akan dapat menjaga rumahtangga,isteri dan kuasanya sbg pemimpin..
sebab itulah,iman lelaki itu penting..
jika lelaki itu ikhlas bersama aku,
pasti segala dugaan dapat dilalui bersama..
samada suka dan duka,aku akan mencintainya dgn tulus hati..


"bila saat aku setuju utk berkahwin dengannya,
aku yakin bahawa aku jujur dgn pilihanku sendiri..
bila saat kami sah menjadi suami isteri,
aku percaya bahawa kami ditakdirkan utk dunia dan akhirat..
bila saat dia menyarungkan cincin ke jari manisku,
aku sedar bahawa aku sudah menggalas satu tanggungjwb yg baru..
bila saat pertama kali aku salam dan cium tangannya,
aku akan setia utk berada disisinya dan pertahankan kebahagiaan kami..
bila saat pertama kali dia menciumi dahiku,
aku tahu bahawa aku dia pasti akan mencintai aku seperti aku mencintainya.."





aku tetap menanti detik2 ini dlm hidup aku..
kelak,ia akan menjadi kenyataan..
aku pasti!!

No comments: