text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Tuesday, May 25, 2010

BUKAN SEMENTARA TAPI SELAMANYA






















Memanglah aku pernah kecewa..
tp tak bermakna aku akan lupakan sunnah Nabi..
aku pernah frust dgn insan bernama lelaki tp..
aku serik utk mengenal 'apa itu cinta'..
namun,aku tetap sedar bahawa aku pst akan mendirikan rumahtangga..
sudah tentu suami aku adalah seorang lelaki..
bermakna,aku tak boleh membenci kaum Adam ini!!

Seorang lelaki akan bergelar SUAMI..
sang suami akan jd pemimpin utk isterinya..
sang suami juga adalah ketua keluarganya..
sang suami juga akan mengimamkan dalam menjalankan ibadah bersama..
sungguh berat akan tanggungjawab tersebut!!

Oleh sebab itu,aku pentingkan seorang lelaki yg baik dlm hidup aku..
bukan aku memilih atau kerana aku serik bercinta..!!
di samping utk mengubat hati yg kecewa,aku juga msh ada hak utk menanti..
'menanti seorang lelaki yg dijodohkan utk aku dari Allah'..

Sudah tiga kali aku kecewa..
terlalu banyak pengalaman yg aku lalui..
sudah lapan orang lelaki yg aku kenali tp..
hanya tiga orang yg berjaya menawan hati aku..
apakan daya,kehadiran mereka dlm hidup aku tidak berkekalan..
setelah lama berkenalan,barulah mereka sedar bahawa aku ini bukanlah utk mereka..
hati aku memang sakit!! sungguh perit aku rasakan..

Sebab terlalu penat aku merasai semua itu..
aku nekad utk tidak pilih sesiapa lagi..
benar..ramai yg cuba melamar hati aku..
namun demikian,aku hanya menjaga hati masing2..
penolakan aku bkn senang utk diluahkan..
dan bukan senang utk diterima..
hormatilah keputusan aku..
jangan desak utk aku mengubah pendirian aku lagi..
memang semua lelaki sama tp hanya hati yg membezakan mereka..
aku tahu akan itu!!

Tapi..mengertilah bahawa kepercayaan aku terhadap lelaki telah pudar..
aku masih waras utk memilih..
tp bukan sekarang masanya utk aku mengejar cinta..
aku ingin menumpukan pd pelajaran aku..
selepas diploma,aku akan berusaha utk mendapatkan segulung ijazah..
aku nak belajar ilmu perniagaan sedalamnya..
setelah impian 'tersurat' aku tercapai..
barulah aku akan melaksanakan impian 'tersirat' aku..
walau bagaimanapun,aku hanya merancang dan Allah menentukannya..
aku redha dan pasrah..
jikalau jodoh datang awal pun,apa salahnya kan..??
yg penting,aku jalani hidup dgn baik..

" AKU MENCARI SESEORANG UNTUK SELAMANYA BUKAN SEMENTARA "


aku sentiasa ingat;
"masalah di dunia hanyalah perkara kecil..
bila kita melupakan Allah,itu baru dikatakan masalah besar.."

No comments: