text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Wednesday, September 1, 2010

PELUANG KEDUA KITA

" aku sayangkan kau lar..!!! "
memang saat ini aku rasa nak meraung..
biar seluruh dunia dengar suara aku nie..
bukanlah aku nie terlalu mementingkan cinta..
tapi tipulah kalau kita tak mahu berkasih dan dikasihi..
sudah itu fitrah manusia kan..
cuma bagi aku,cinta bukanlah suatu perihal yg mudah ditukar ganti..

walaupun aku sudah berkasih tp memang susah utk aku mengungkap kata cinta..
sebab bila sekali aku dah meluahkannya,kesetiaan dan kejujuran aku adalah miliknya..
sekarang..aku mengaku yg aku benar2 sudah jatuh cinta..
setelah sekian lama aku 'melarikan diri' utk bercinta..
akhirnya hati aku terpaut juga pd seorang lelaki yg sudah lama aku kenali..
dia sebenarnya adalah bekas kekasih aku sewaktu tingkatan 5 dahulu..

pendirian aku sudah berubah kerana kehadirannya..
maksudnya,cinta dan kepercayaan hanyalah sekali..
namun demikian,demi DIA..
aku telah leburkan rasa ego aku utk bersamanya..
aku telah menerimanya kembali utk menjadi kekasih aku utk kali kedua..

sebenarnya,DIA dahulu yg aku tinggalkan demi kepentingan diri..
sudah lama aku tanamkan rasa sayang aku utknya..
dan aku juga ikhlas utk bersamanya..
tp atas sebab2 tertentu,aku terpaksa tinggalkannya..
aku pergi dgn hati dan fikiran yang kusut..
dan aku tidak pernah utk cuba berbincang dgnnya..
masalah aku tak dapat aku tanggung sendirian..
tp DIA yg terpaksa menerima akibatnya..
DIA fikirkan yg aku pergi kerana orang lain..
aku masih ingat akan kata2nya dahulu..
DIA sanggup tunggu aku walau berapa lama sekalipun..
sehingga aku bersedia menerimanya kembali..

setelah dua tahun kemudian..
DIA muncul kembali..
tanpa aku sangka,kehadiran DIA benar2 dah membuka pintu hatiku..
dahulunya pintu hatiku tertutup rapat utk mengenal cinta..
setelah tiga kali kecewa dalam bercinta..
sekarang,aku bersedia utk jatuh cinta lagi kerana DIA adalah lelaki yg aku nantikan selama nie..
kalaulah aku tidak membuat keputusan yg terburu-buru dahulu..
mungkin sudah lama kita menjadi rapat..
mungkin dah genap dua tahun hubungan kita bersama..
tp aku tidak boleh menyalahkan takdir..
mungkin nie adalah hikmahNya..

"kalaulah DIA ditakdirkan utk aku,
dekatkanlah DIA bersama aku..
Jika DIA bukan utk aku,
jauhilah DIA dr pandangan dan fikiran aku,ya rabbi.. "

tangan aku nie sering menadahkan doa pd Illahi..
agar aku mendapat sinar kebahagiaan yg indah drNya..
bukan aku nak banggakan DIA sbb tiada yg sempurna dlm dunia nie..
aku juga bukanlah manusia yg sempurna..
DIA sering tanyakan,bagaimana akan paras rupanya??
aku hanya mampu tersenyum dan berkata,
"paras rupa tak penting lar.."
dan DIA menjawab, "yang penting hati ikhlas kan.."
sempat aku ukirkan senyuman lebar utk DIA..
padahal,aku simpankan sebuah jawapan yg tak pernah DIA ketahui..
'aku hanya pandang hati kau sbb hanya itu yg aku nampak dan cari selama nie..'

aku takkan minta apa2 dr DIA..
hanya pinta,biarlah kesetiaan dan kejujurannya menjadi milik aku..
dan sekarang,aku harapkan aku juga macam tu..
aku benar2 rasa bahagia bersamanya..
jangan pernah mencuba utk berubah..

andai benar tiada jodoh antara DIA dan AKU lagi..
aku takkan bersedih sbb sekurangnya DIA pernah membahagiakan aku dahulu..
terima kasih banyak2,wahai sayang..


-MOHD FERDAUS BIN MOHD RASDI-

No comments: