text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Sunday, July 8, 2012

MENCETUS PELBAGAI KEMUNGKINAN

          banyak hal yang nak dikongsikan tapi kali nie lebih kepada UPLOAD PHOTOS okay! iyalah..nak cerita banyak pon ikut mood gak kan..skang nie waktu menonton BERITA UTAMA TV3..tapi kalau aku dah mengadap laptop lama-lama..sume kerja boleh lupa! adoyaii..untunglah ada MC kan..hehee sejak bergelar PENGGANGGUR nie, aku takdelah banyak aktiviti sangat nak buat..yela MELEPAK kat rumah aje pon! sambil teman mak aku yang keseorangan lerr..aku suka naik MOTOR dengan mak aku! haha


          ikut hati aku nak mencari kerja cepat! merantau jauh pon takpe..tapi abah aku ditugaskan di BALAI POLIS jauh dari kami sekeluarga! pastu adek perempuan aku pulak sudah kembali sambung belajar di KOLEJ SWASTA dia yang lama dulu..hrmm tak kisahlah sebenarnya..aku pon GEMBIRA gak sebab dari sekolah teknik lagi aku berjauhan dari keluarga kan..kini tiba masanya untuk aku menghabiskan masa dengan mak aku yang banyak berkorban untuk pelajaran aku selama nie..jadi, tak salahlah kalau aku nak LUANGKAN MASA dalam beberapa bulan nie kan..cuma ada lah PERANCANGAN aku yang tergendala gamak nye! huhuu ^_^

PWTC (30 JUN 2012)
          pastu ada lah aku bawak mak aku jalan2 ke KL jap..makan Chicken Foldover + Double Fillet O'Fish sekali..then sempat gak SHOPPING tau! alah..setakat beli BEG SILANG aje..aku nie payah bebeno nak beli beg tapi bila dah berkenan memang tak pikir panjang pon..tapi kasihan kat mak aku pulak! sebab penyakit 'semulajadinya' ialah tak boleh berada di kalangan orang ramai lama2 tau..jadi,mulalah naik pening kepala dia tuh! hehehe aku takde hal sebab aku adalah PENGGEMAR pengangkutan awam lah..lebih suka naik KOMUTER/LRT/BAS/TEKSI..tapi sumenya darat lah..tak pernah naik FLIGHT you..!!

NANA + NANI + WANI
          lepas tu ada pulak planning REUNION dengan kawan kelas teknik dulu tapi PEREMPUAN sahaja okay! hehehe paling best nye, KARAOKE kat REDBOX PLAZA LOWYATT tuh..selama TIGA JAM pulak haihh..macam2 lagu hikmat dah kami nyanyi..lepas tu lepak kat BERJAYA TIMES SQUARE pulak..nie memang tempat KERAMAT kami..sebab reunion sebelum nie pon kat sana gak tapi hampir satu kelas gak yang datang..skang bukan taknak ajak dorang tapi tahu sangat alasannya..SEBUK MEMANJANG! hrmm takkan ada masanya..sebab tuh kami plan hari biasa..taknak hari minggu..nanti padat! hahaha


SARNI + AZIELLA
          kemudian masa2 lain aku dah habiskan kat kampung..nak menziarahi ATOK & NENEK termasuklah PAKCIK..dia adalah anak kedua bongsu dalam keluarga abah aku..dia lah yang banyak habiskan sisa hidupnya menjaga kedua orang tuanya..masih belum berkahwin lagi okay! hahaha lagipun balek kampung nak kutip DURIAN gak..memang dah 'ADAT' kalau balek kampung masa musim durian gugur nie..aku nie susah nak makan raja buah tu..bukan pe, dulu masa mak aku mengandungkan aku..dia ALAH dengan durian! skang alahan dia tu dah tukar syif kat aku..tapi adek aku memang gila durian..biar dia tahu boleh kena demam panas sekalipun, dia tetap nak habiskan durian tu! gila skit lah kan..hehehe

GAMBAR HIASAN
          pastu berita paling gembira sebelum nie bila dapat tahu kawan sekuliah aku nak kahwin! mungkin dia masih muda tapi perkara yang baik tak elok dilambat-lambatkan..lagipun skang TAHUN KAHWIN pon..ramai kawan aku dah mendirikan rumahtangga..aku pon turut menumpang bahagia untuk mereka..ALHAMDULILLAH..itu sume kuasa Allah..ada sebab kenapa mereka dipertemukan awal dan disatukan awal..umur bukanlah penghalang! dan UMUR jugak bukanlah syarat2 wajib yang perlu ada dalam menikah..perlu ada SISWA = SUAMI. ISTERI. SAKSI. WALI. AKAD NIKAH. jadi bukanlah HANTARAN berpuluh ribu ataupun MAJLIS KAHWIN meriah bagaikan diraja! kesederhanaan itu menunjukkan kemuliaan seseorang itu..lagipun ikut kemampuan lah! kalau dah rasa duit yang dikumpul hanya semata nak kahwin, buatlah semeriah mana sekalipun..jangan sampai lepas meminjam, MATI KUTU nak bayar hutang balek sudah..

AKAD NIKAH

BERSANDING
          memang aku CEMBURU melihat kebahagiaan kawan2 aku..tapi aku selalu MUHASABAH kan diri aku..kalau kita MENDOAKAN kebahagiaan mereka,harapnya Allah jugak akan MEMBERI kebahagiaan itu kepada kita..kerana Allah itu Maha Adil..kita sume tahu kalau nakkan sesuatu kita perlukan banyak PENGORBANAN..ingat ye! pengorbanan itu bukan dari segi WANG RINGGIT sahaja..tapi dari segi MASA jugak..setiap perkara yang kita lakukan ada SUSAH & SENANG tapi cuma bergantung pada kita samada mahu MENGHARUNGI @ PERJUANGKANNYA ke tak..ada pelbagai TAFSIRAN..pandai-pandai lah ANDA memikirkannya okay.. =.^


AZHAR + ELLA

[ratu rock pon dah kahwin dengan juruterbang yang jauh lebih muda darinya! tapi kebahagiaan itu tetap milik mereka kerana sifat luaran bukanlah ukurannya dan umur bukanlah penghalangnya jua!]





No comments: