text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Friday, June 15, 2012

(,") TIAP HARI SAYANG (",)

          ASSALAMUA'LAIKUM semua ^_^
          mula2 sekali nak MINTA MAAF lah kalau UPDATE aku nie menyemakkan pembacaan kamu semua..takde lah, aku selalu SHARE kisah CINTA aje kan..tapi dah namanya BUDAK JIWANG kan..takkan lah aku nak bukak cerita PERANG pulak..kadang2 aku CEMBURU tengok blog orang lain yang penuh dengan ILMU yang boleh tersemat di DADA..tapi aku sendiri TAK PEDULI lah..sebab HAK masing2 kan..aku pon bukannya harapkan PUBLISITI..kalau ada yang nak baca, SILAKANLAH..aku tak larang pon! jadi, kenapa aku perlu RISAU kalau ada orang baca blog aku ke tak kan..makanya, aku akan teruskan SAMBUNGAN AKHIR untuk kalian (yang MEMBACA :)


          ATAS NAMA ALLAH, aku sangat2 bersyukur atas 'PEMBERIANNYA' terhadap aku..sejak aku MENGENALI dia, banyak yang berubah dalam kehidupan aku..tak perlulah aku rungkai KESILAPAN aku yang lalu tapi aku dapat rasakan PERUBAHAN diri aku..mungkin kawan2 aku tak tahu, tak sedar atau tak perasan pon! AKU LEBIH TAHU..mungkin tak banyak tapi dalam 40% aku mula BELAJAR tentang kehidupan yang sebenar!


          hadirnya dia memberikan aku SINAR KEHIDUPAN yang baru..munculnya dia mengembalikan aku HARAPAN MEKAR dalam perjuangan..kasihnya dia membuatkan aku SABAR MEMPERCAYAI erti cinta..dulu aku pernah salahkan TAKDIR yang tak menyebelahi aku! BENAR..aku yang salah kerana sebagai seorang ISLAM, aku perlu yakin atas semua ketentuanNya..aku akui kesilapan aku! tapi ALHAMDULILLAH kerana ALLAH MAHA BERKUASA lantas menyedarkan aku bahawa setiap yang terjadi dalam aturan hidup aku adalah TAKDIR dan itulah RAHSIA ALLAH yang indah..aku tak boleh CEPAT MENGHUKUM sedangkan aku hanyalah HAMBA yang hina lagi tak berdaya..kalau aku TAK PERCAYA, bagaimana ALLAH nak ANUGERAH aku sesuatu yang bernilai dalam hidup nie?


          hati kita SAKIT, jiwa kita MERANA, jasad kita TERSEKSA..tapi ALLAH tak pernah berpaling dari mendengar DOA kita..sebabnya? bila hati kita SENANG, jiwa kita BAHAGIA, jasad kita SIHAT WALAFI'AT..apakah kita selalu MENGINGATI dan MENSYUKURINYA? kita tak sempurna tapi kadangkala KEALPAAN kita mematikan HUBUNGAN kita dengan Allah kan..ketahuilah bahawa setiap kesakitan dan kesengsaraan kita itu ada KEBAIKAN tersirat! yakni HATI, JIWA DAN JASAD kita akan lebih DEKAT dengan MAHA PENCIPTA..Insya-Allah..


          selama SATU TAHUN aku menyelami isi hati aku, barulah aku tahu apa yang aku inginkan dalam hidup aku dan KEHADIRAN dia telah membantu aku untuk menggapai IMPIAN iaitu KEBAHAGIAAN..samada di DUNIA atau di AKHIRAT..wallahu'alam..masih awal lagi untuk aku BAYANGI keindahan itu tapi aku tetap akan BERSEDIA melaluinya..


          ATAS IZIN ALLAH, dua hati kami telah dipertemukan dan niat kami sama iaitu MENCARI BAHAGIA..selama nie, aku pandang pada RUPA, HARTA dan PANGKAT sahaja! tapi sebenarnya, aku sendiri TAK TAHU apa yang aku cari dan tiada siapa yang tahu akan PILIHAN HATI aku..mungkin sebab itu aku KERAP KALI gagal bercinta sehinggalah aku PASRAH dan berhenti mencari! kata pujangga: " kalau MENUNGGU, pasti terasa waktu itu lama..lebih baik BIARKAN supaya ianya boleh hadir dalam waktu yang tak disangka! " dan kadangkala RAHSIA itu ada kejutan yang tersendiri kan?


          acapkali dia berkata; " mengapalah kita tak berjumpa sejak DULU lagi? takdelah BUANG MASA rasa kecewa terlalu lama..mungkin sekarang kita dah KAHWIN dan punya ANAK pon! " dan jauh dari sudut hati aku mengiyakan kata-katanya..tiba-tiba aku TERDIAM dan BERFIKIR sejenak, lantas aku BERSUARA; " saya bersyukur dapat jumpa awak SEKARANG..kalaulah dulu saya jumpa awak dalam keadaan hati saya yang masih 'BUTA', mungkin sekarang kita tak bersama lagi dan betapa ruginya saya waktu itu kerana telah MELEPASKAN insan terbaik seperti awak! saya juga tak menyesal mengikut KATA HATI sebelum MEMILIH awak sebagai TEMAN HIDUP saya, sayang.. "




          hanya itu ayat yang terpacul dari mulutku! mungkin tidaklah semadah nie tapi niatnya tetap sama..aku bersyukur kerana KAMI dipertemukan dalam keadaan hati yang SEDAR dan tidak BUTA dalam mencari..dia juga selalu berkata; " saya tak kisah rupa awak macam mana sekalipun, sebab saya hanya nak BAHAGIA dan saya dah pon memilikinya..itu semua kerana AWAK! " subhanallah..setiap kali dia berkata demikian, hati aku akan SEBAK..namun demikian, SENYUMAN aku yang dulunya KELAT kian MANIS kerana akhirnya ALLAH telah memberi ruang kepada aku untuk merasa nikmatnya berbahagia termasuk dia..mungkin sudah tiba masanya..masya-Allah..


          andai hubungan kami tak BERPANJANGAN (berpisah mati) hingga akhir hayat, aku tetap REDHA atas suratanNya kerana DOA aku telah termakbul! selama aku patah hati, aku hanya meminta, mengharap dan berdoa; " Ya Allah, aku sudah PUAS merasa derita..tapi aku takkan MERUNGUT walau sedikit pon! aku tetap SABAR menanti pintu kebahagiaanMu, aku tak mahu mencurigai KEKUASAANMU seperti dulu lagi dan aku tak ingin merasa LEMAH atas setiap ujianMu..aku inginkan KEBAHAGIAAN dari seseorang yang KAU tentukan untuk aku supaya dia dapat membawa aku ke JALAN SYURGAMU kelak..AMIN.. "


          sekarang aku dah mempunyai kebahagiaan, apakah aku punya hak untuk meminta yang lain? tidak bersyukurkah aku? dia mungkin berbeza dari lelaki-lelaki yang aku MEMILIH sebelum nie tapi dialah satu-satunya yang SETIA mahu bersama aku, JUJUR menghormati aku sebagai wanita dan sanggup BERSABAR dalam menempuh dugaan yang kian menggoda lebih2 lagi dalam situasi kami yang BERJAUHAN nie..


          untuk INSAN MISTERI: " maafkan saya kerana saya bukanlah TEMAN yang dapat membantu ringankan beban awak tapi saya adalah kekasih yang punyai MASA untuk setia menunggu awak..saya nie seorang PEREMPUAN yang punyai banyak KEKURANGANNYA tapi itulah suatu KELEBIHAN yang awak anggap tak ada pada bekas kekasih awak dulu..TERIMA KASIH kerana tak menolak lamaran cinta saya dulu! "


          apa yang membuatkan dia berani menerimaku? dia kata; " dulu bila saya mencari seseorang, hati saya selalu dipermainkan..sekarang apa salahnya saya menerima seseorang yang sudi hadir dan meluahkan perasaannya dulu terhadap saya? biarlah dikatakan PERIGI MENCARI TIMBA sekalipun sebab ternyata pilihan saya tak salah dan awak pandai menjaga saya sebaiknya.. "


+tamat+


P/S: pada AWAK yang sudah baca blog saya nie..saya mungkin tak dapat LUAHKAN sepenuh perasaan saya pada awak sebab saya bukanlah jenis yang TAHU nak pamerkan kasih dan sayang saya pada seseorang itu..hanya ALLAH yang tahu SIAPA saya..tapi kini saya juga ada BLOG dan AWAK untuk memahami ISI HATI saya.. ;)

No comments: