text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Tuesday, June 5, 2012

KAU SEMPURNA BAGIKU

          ASSALAMMUA'LAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA semua...........
          seperti yang dijanjikan, aku akan teruskan CHERITA yang 'tergendala' sebelum nie..aku nie payah nak karang 'blog' tapi bila teringat ramai kawan yang bertanya..pasti aku cuba usahakan! apa sebenarnya yang aku nak sampaikan yee? aku sendiri cuba mengambil langkah mudah untuk menceritakan segalanya! TAPI ada bahayanya jugak kan..kalau hubungan itu DIRAHSIAKAN, camne nak cerita semua sekali..jadi, aku boleh kongsikan pengalaman aku TENTANG RASA baru yang aku alami dengan My Dear, IM.. (,")(",)


          macam yang aku kongsikan pada kalian semua..pertama kali aku melihatnya, apa yang aku alami adalah DARI MATA TURUN KE HATI ditambahkan lagi (+) DEGUPAN JANTUNG aku yang kencang bila bersamanya..malah, menghasilkan (=) SEMANGAT BARU untuk aku mengorak langkah mengenalinya..pastinya, aku tak MENYESAL kerana meluahkan perasaan aku terhadapnya andai dia MENOLAK cinta aku waktu itu..ini kerana aku adalah salah seorang PEREMPUAN yang cuba memikat hatinya tau! aku kira BERTUAH lah kan..ALHAMDULILLAH..


          kadang-kala aku terfikir, apa yang membuatkan dia TERBUKA HATI untuk menerima aku sebab aku nie langsung TIDAK memiliki kriteria WANITA IDAMAN pon! aku sedar akan setiap KEKURANGAN diri aku..apa yang menyentuh hati aku adalah dia terima setiap kekurangan yang ada pada diri aku..SUDI MENERIMA AKU SEADANYA..benar! inilah ciri-ciri yang paling sukar aku jumpai pada setiap (bekas) teman lelaki aku dulu..bukanlah nak ungkit kisah lama tapi..kadang-kala sebagai seorang manusia, kita ada punya rasa SOMBONG dan EGO dalam memilih pasangan..ada yang sangka, kalau kita TAK SEMPURNA lebih baik kita cari yang SANGAT SEMPURNA dan sebaliknya..ADA GITU??! LELAKI dan PEREMPUAN jugak tak sama tapi tetap punya HATI yang sama kan..ingin MENCINTAI dan DICINTAI..


          aku nie TIDAK lah TINGGI (tak pendek jugak)..TIDAK lah CANTIK (manis ada kott)..TIDAK lah BIJAK (bukan dekan)..TIDAK lah ROMANTIK (jiwang karat aje)..TIDAK lah BERHARTA (penganggur)..TIDAK lah CERAH kulitnya (sawo matang lah)..yang tersedia hanyalah DALAM HATI ADA CINTA..lagipun aku berpegang pada prinsip lah..kalau aku memilih LELAKI berdasarkan RUPA, tak hairanlah suatu hari nanti lelaki itu akan TINGGALKAN aku dan PERGI kepada perempuan yang LEBIH CANTIK dari aku! aku mahu menjadi seperti PEREMPUAN yang 'terkurung' dalam BEKAS KACA yang sukar DISENTUH, DIUSIK atau DILUKAI HATI..kalaulah ITU AKU..


          PERSAMAAN! aku nie selalu MENDENGAR MASALAH orang lain sampai kadang-kala aku sendiri TAK TERURUS..sifat nie ada jugak pada IM tau..bezanya, aku susah nak bagi PENDAPAT sebab kadang-kala orang TAK PERNAH ikut pon..kalau dah berbuih bagi NASIHAT tapi tetap MENGADU masalah yang sama, nampak sangat aku nie bukanlah TEMAN yang sesuai untuk mereka..tapi IM lain..setiap nasihat dia berdasarkan LOGIK dan PENGALAMAN..itu membuatkan PEMIKIRAN aku yang SEMPIT menjadi LUAS gituu..PENANGAN CINTA katakan..hehehe


          selama LIMA BULAN aku kenali dia..terlalu banyak MANIS dari PAHIT..itu yang membuatkan SETIAP HARI aku jatuh hati padanya..sikapnya yang bermusim itu benar-benar mengajar aku erti KESABARAN..pantai mana tak dilandak ombak kan..macam kami jugak, walaupun kami tidak BERGADUH atau ada sebarang PERTENGKARAN..dalam masa yang sama, hati tetap ada SAKIT..bezanya, aku BELAJAR MENGAWAL PERASAAN yang terluka itu..aku tak mahu MENYAKITI hatinya dengan PERBUATAN atau KATA-KATA aku!


          misalnya, bila aku dah lama menunggu dia kemudian dia boleh membatalkan janji temu pada saat-saat akhir..alasannya ialah TERTIDUR..agak2 apa yang aku perlu lakukan? hrmm ALASAN itu tidaklah sepahit KOPI O kesukaan aku..namun, aku terpaksa TELAN dan MENERIMA DENGAN PASRAH..bukan REDHA lah sebab hati aku sakit dan airmata terus mengalir tanpa aku duga walaupun aku berada di PLATFORM yang dikelilingi orang ramai!


          aku kena hadapinya sebab PERTAMA = dia baru sahaja sampai KL..kemudian, masa itu dia kerja SYIF dari 6 PAGI-3 PETANG..sudah tentu dia lebih penat dan letih berbanding aku yang duduk pejabat 8 JAM aje! KEDUA = dia lakukan tanpa sengaja sebab dia TERTIDUR aje, bukannya TERLUPA..dan KETIGA = masa itu dia TERLALU FIKIRKAN keadaan aku yang baru pulang dari kerja..katanya, aku pasti dah penat sebab lama menunggu dan baru saje habis kerja..jadi, dia putuskan untuk jumpa LAINKALI saje..memang mulanya aku terasa MARAH! aduh..perempuan nie walau lama mana dia menunggu, dia pasti harapkan lelaki itu akan DATANG jugak..tapi aku tak bagitahu dia pon..mungkin kerana rasa KECEWA kott..


          jadi, aku PULANG ke rumah dengan rasa HAMPA..aku SENGAJA matikan handset aku sebagai tanda MERAJUK kat dia..tapi lelaki nie manalah faham kan..kena bagitahu dia, barulah dia faham..jangan harapkan lelaki FAHAM kesemuanya tentang perempuan yee..meskipun LELAKI KASANOVA sebab memang itu sifatnya pon! tapi aku TAK SALAHKAN dia tentang apa-apa pon..keadaan masa itu tak mengizinkan kami berjumpa..apa gunanya aku BERCINTA kalau aku tak boleh nak BERTOLERANSI dengan pasangan aku sendiri! oleh sebab itulah, aku HIDUPKAN handset aku semula..akhirnya aku yang rasa SERBA SALAH lah sebab sepanjang talian aku DIMATIKAN, dia berusaha jugak untuk MENCARI aku! KALUT dia bertanya pasal aku yang tiba-tiba SENYAP tanpa khabar berita..membuatkan hati dia jadi RISAU! adeh........


          moralnya, aku tak lagi berani nak matikan talian handset aku nie..sedangkan aku sakit pon, dialah orang pertama yang cuba MERAWAT aku..melihat dia TAK KERUAN memikirkan KESIHATAN dan KESELAMATAN aku, lantas aku berjanji pada diri sendiri bahawa aku akan MENJAGA DIA sepenuh jiwaku..pernah suatu masa, aku pergi beli UBAT tanpa disuruh sebab aku tahu dia pasti tak mahu aku SUSAHKAN DIRI kerananya..bagi aku, kesusahan yang aku alami itu TAK SAMA dengan pengorbanan yang dia dah taburkan untuk aku..perlukan aku BERKIRA? aku tak mahu meminta apa-apa lagi kerana semuanya sudah lengkap dalam dirinya..TERIMA KASIH, sayang..


          aku jugak tahu, ALLAH akan sentiasa menguji hambaNya..selama nie aku selalu MENYALAHKAN diri aku yang tak layak berbahagia tapi Allah Maha Mendengar, Melihat Lagi Mengetahui..aku dah lalui ZAMAN PAHIT, kini tiba masanya aku mengubah haluan hidup aku atas ketentuanNya..INSYA-ALLAH..

bersambung...

No comments: