text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Friday, November 4, 2011

SIAPA IDAMAN KALBU ??

          ASSALAMU'ALAIKUM.. hye,kawan2 sume. sorry again, aku nie jarang nak online. kalau nak UPDATE pun mesti tentang HIDUP dan JIWA aku gak. HEHE ada satu masalah yang aku nak KONGSI dengan kamu. aku nie ada masalah perasaan sikit. maksudnya, aku selalu keliru dengan HATI dan PERASAAN aku nie.. hrmmmmm =(


          bukan aku keliru dengan KEINGINAN aku. oppsss, aku bukan nak MERUJUK pada sesiapa. macam pernah aku TAG dalam blog nie. AKU HANYA MELUAHKAN PERASAAN AKU. ikhlas dari hati, aku ingin bercinta tapi.. aku dah tak percayakan cinta laa.. aku SERIK nak hidup BERDUA dengan lelaki. bukan maksud aku pernah BERSEKEDUDUKAN dengan lelaki ok! cuma.. aku cuba MENCARI seorang lelaki yang boleh MEMBIMBING aku. itu sume adalah IDAMAN setiap perempuan!! so, tak salah kalau aku 'terlalu memilih' kan..
          jadi, bagaimana aku nak SERUMAH dengan SUAMI kalau aku asyik MENGELAK untuk bercakap tentang LELAKI. paham2 laa ok! aku nak KAHWIN tapi aku dah tak PERCAYAKAN lelaki. dulu aku suka berfikiran POSITIF tentang putus cinta dan sebagainya tapi skang.. langsung anggap yang NEGATIF aje! aku memang tak rasa ada lelaki yang JUJUR tapi yakin bahawa cinta SEJATI masih wujud lagi. kisah hidup nie tak sama macam dalam NOVEL cinta, dimana si suami sanggup melakukan apa sahaja demi membuktikan CINTA pada isterinya. Di samping, si isteri juga sentiasa menyakinkan betapa cintanya terhadap suami terlalu BERNILAI dan BERHARGA berbanding melalui kesusahan hidup tanpa suami disisinya!

          aku nie manusia biasa. punya banyak KISAH HITAM yang tak dapat berkongsi dengan semua orang. aku dah pilih jalan yang baik. aku cuba jadi PEREMPUAN BAIK. kalau aku mahu LELAKI BAIK dalam hidup aku, bermakna aku juga boleh mengubah cara hidup aku untuk menjadi yang LEBIH BAIK. ohh, sungguh banyak BAIKkk.. HAHA seriously, aku ingin jadi ORANG BAIK. adakalanya, aku bersikap EGO dalam mempertahankan pendirian aku. walhal, belum tentu kita akan mendapat KEBAIKAN dalam mencari yang TERBAIK. keliru betol..


          aku tau, kita perlu tetapkan matlamat hidup. tapi macam yang aku cakap, aku KELIRU. hrmmm.. tah apa yang aku sibuk pikirkan.. ada satu perkara yang pasti iaitu ada LELAKI cuba 'MERISIK' hati aku nie!! jeng jeng jeng... nantikan ceritanya ok =)
          setiap orang ingin BERCINTA dan DICINTAI. aku juga mahu begitu. dalam blog aku nie dipenuhi dengan rasa KASIH dan SAYANG aku pada setiap orang mengenali aku. aku tak suka MENIPU dan taknak DITIPU. aku cuba belajar dari SEJARAH HITAM yang lalu. bagi aku, pengalaman banyak mengajar aku untuk jadi lebih BERSEMANGAT untuk teruskan kehidupan.
          aku ada KELUARGA. aku punyai KAWAN RAPAT. aku juga masih memiliki SAUDARA2 baik yang dekat ataupun jauh. aku seperti orang lain. PUNYAI segalanya, (walaupun kurang harta dan takda rupa, adoihh) kadangkala aku nie terlalu bersikap 'MERENDAH DIRI' yang tak bertempat. tu lagi membuatkan aku keliru, SIAPA AKU SEBENARNYA. yang paling penting, HARGA DIRI.


          berbalik pasal 'MERISIK' tuu.. hrmm mak aku baru aje cakap, " kau takde tersangkut dengan mana2 lelaki ke?? " adehh, tergamam aku mendengarnya tapi respon aku? macam biasa. " malas laa mak.. "
          nak tau, semalam mak aku tanya nama FACEBOOK aku. aiseh, bukan nak mengata tapi perkara yang benar gak. mak aku nie mana ada FB laa.. MYSPACE? lagi jauh dari simpang hidup dye. tiba-tiba pulak dye tanya aku. 'nie mesti ada apa-apa nie..' fikir aku sendiri.
          hari nie baru aku perkara sebenarnya. mak aku cakap, ada LELAKI nak berkenalan dengan aku. ANAK BUAH bapak aku gak. adoyai, anak buah kat tempat kerja dye ok. HEHE maksudnya, lelaki tu lebih tua dari aku. mungkin dalam 5-6 tahun tua kott.. aku sepatutnya SUKA sebab aku memang mengidamkan LELAKI yang tua sedikit dari aku. maklum la.. dah penat bercinta dengan lelaki yang SAMA UMUR nie. hati asyik menangis kerana setia tapi tak kekal gak.. so, aku DECIDE untuk cari lelaki yang ada banyak pengalaman dari aku. LEBIH MATANG dari aku.


          memilih sangat ke aku? aku bukan nak berlagak. aku nie selalu kecewa tapi tak pernah serik nak mencari cinta dulu. tapi sedar tak sedar, aku dah mula lupa pada cinta. APA ITU CINTA? ada apa dengannya? cewaahh, itu hakikatnya.. aku dah tak tau nak mencari JAWAPANNYA. hati yang dulunya LEMBUT dah jadi SEKERASNYA batu. ahhh, aku BUNTU!!!
          tapi masalahnya, hampir setahun aku 'MEMBUJANG' nie.. hati aku nie mula terpandang pada satu MAMAT nie laa.. aku suka dye sangat!! setiap masa aku teringatkan dye. aduhh, rasa indah kalau dapat bertentang mata dengannya. terasa DAMAI hati nie kalau mengenangkan saat2 manis berjumpa dengan dye. macam2 yang aku dah lalui semata-mata nak tengok dye. memang gila!! sekarang, mak aku pulak nak INTRODUCE aku dengan LELAKI lain. so, macam mana nie? sebab sepanjang SETAHUN aku membujang kan.. aku mesti cakap, " takde masa nak cari sesape... " tu aje ayat aku berulang kali. takpun, " bosanla cinta2 nie.. " nah, hambik kau!!! sekarang ada dua pilihan. mana satu idaman kalbu??


          sebagai perempuan, seeloknya kita memilih lelaki yang lebih menyayangi diri kita. jangan asyik mengejar orang yang kita sendiri tak pasti samada dye adalah JODOH kita atau sebaliknya. satu MAMAT nie pun tak tau yang aku suka kat dye. si LELAKI tu pulak, dah nyata SUKA aku. so, dah tentu kamu pun cakap yang aku perlu pilih LELAKI tu kann..?? aku belum jumpa LELAKI tu, mungkin akan tiba masanya untuk berkenalan dengan LELAKI tu. sebab PILIHAN IBU BAPA adalah yang terbaik untuk aku. ini bukan kisah cinta dalam NOVEL. tapi hakikatnya, aku PECINTA NOVEL. so, sememang aku juga impikan keindahan seperti itu. BERCINTA SELEPAS BERKAHWIN..


P/S : so, what should I do now?? aku masih menanti PETUNJUK dari Illahi.. hanya DIA yang Maha Mengetahui kan.. aku redha dan terima setiap ketentuanNYA. mungkin terlalu awal. umur masih 20 tapi perkara yang BAIK tak siapa dapat menolaknya. =)

6 comments:

scha said...

great as,, pilihan yg tepat,, ade laah pilihan ibu bapa,, umur xjd penghalang,, mybe sudah sampai seru,, solat istikharah yee,, dptkan petunjuk dr nya,, congrate as,, happy for youu,,

Waniey Shaari said...

ohh thanks SCHA. this thing really get me headache!! sb tu as perlukan sgt kata2 or nasihat dari kamu sume =)

Anonymous said...

erm,,pendpt syasya la kn,,kawan je dengan semua orang,,kenal hati budi lelaki,,then t ble rsa slh sorg drpd dorang ada yg ok,,troskn dgn hubungan yang serius.. :)

Angah said...

tak payah fikir sangat dik, yakin lah bahawa jodoh kita dah pun ditentukan oleh Illahi...

Waniey Shaari said...

thanks syasya. bukan senang nak kenal hati budi lelaki skang kan.. it's quiet difficult for me!

Waniey Shaari said...

yess angah. jodoh memang ditentukan Illahi. cuma takkan nak tunggu 10tahun akan datang baru tau yang LELAKI tu bukan jodoh kita. myb satu MAMAT yg kita anggap takde makna. takdir itu adalah RAHSIA ALLAH. myb both of them is not meant for me. wallahu'alam..