text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. aku suka pada DIARI tapi malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. lagi lancar dan laju berkata-kata, sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. aku bukan mahu
HIPOKRIT. biarlah aku hidup dengan cara aku sendiri. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan untuk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan bukan untuk tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dapat menyedarkan aku,kerana ada orang lain yg lebih susah hati daripada aku... "

Followers

Saturday, January 1, 2011

EPISOD CINTA BERAKHIR



" WD 160710 "




" Cinta yang kita semai akhirnya berlalu begitu sahaja. Aku berhenti mencintai kau kerana tiada cinta antara kita lagi. Maafkan aku.. Mungkin aku yg bersalah kerana membiarkan kau tanpa khabar berita. Bukan niat aku utk melukakan hatimu dan jauh sekali utk mengingkari janji antara kita. Aku hanya pentingkan masa depan kita bersama. Tak mungkin hubungan kita dapat berkekalan andai kejujuran tiada dalam perhubungan kita. Anggaplah ini sbg hikmah dariNya. Mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu kepada aku. Sebab akhirnya aku tahu,ini mungkin adalah hukum karma utk aku krn pernah meninggalkan orang yg pernah mengasihi aku sebelum kehadiran kau lagi. 'Lelaki' itu sungguh baik utk aku tapi aku telah mengabaikan perasaannya. Sekaligus aku telah melukakan hatinya yg tulus dan ikhlas demi kau. Aku telah membuat keputusan yg salah !! Namun apakan daya,segalanya telah berakhir. Aku tak dapat berpatah balik. Aku nie bkn 'perempuan' yg baik utk sesiapa. Biarlah aku hidup mengubati luka hati yg lara. Biarkan masa merawatinya. Perlahan demi perlahan. " Insya-Allah =) 

No comments: