text


" aku nie seorang yg PEMENDAM. aku boleh berkongsi SUKA tapi menyimpan DUKA. sbb itu aku sering MUHASABAH diri sendiri. aku suka pada DIARI tapi aku malas nak menulis gunakan PEN. cukuplah sekadar menaip gunakan KEYBOARD. sbb itu aku bersungguh nak beli laptop bila dpt elaun dari tajaan MARA. berkorban juga lah demi MyDell aku nie. sebenarnya, apa yg aku tulis tidak sama dgn diri aku yg nyata. ' CHERITA SI GADIS JIWANG ' adalah sebuah blog utk aku meluahkan perasaan yg terpendam jauh di dasar hati aku.. sesiapa yg mengenali aku, aku bukanlah mahu bersikap HIPOKRIT tapi aku mmg begini dan biarlah aku TERUSKAN dgn cara aku nie. bagi aku, setiap orang berbeza dan punyai pendapat yg berlainan. nasihat adalah suatu jalan utk kita dengar dan buka minda dgn lebih luas dan jgn tersempit dengannya. aku lebih suka dengar masalah orang lain sbb hanya itu dpt mengubat luka hati aku. sekurangnya aku masih sedar, ada orang lain yg lebih susah hati drpd aku... "

Followers

Saturday, May 19, 2012

9 JAN - 13 APR 2012

bersama MIKO - Hari Pelancaran My Komuter
          alhamdulillah, berakhir sudah hari2 aku di KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD. selama tiga bulan aku berada di sana, aku punyai pengalaman yang cukup hebat! sangat2 berbaloi lah.. sebab aku ditempat di INTERCITY DEPARTMENT kan.. jadi, pengalaman praktikal aku tak sama macam kawan2 aku yang lain.. semuanya duduk office 24 jam, takpun ada gak yang melawat kawasan @ tapak2 projek ke.. tapi kes aku lain! aku kena bawak 'pelancong' kami ke merata tempat! mereka terdiri daripada agensi perlancongan gak.. dari SINGAPURA dan INDONESIA.. mereka sangat baik hati tau! mungkin umur mereka jauh berbeza dari kami yang masih belajar kan.. mulanya agak kekok gak! tapi lama2 jadi selesa dan senang diajak berbual..

salah satu program FAM TRIP kami
          ada jugak dari PIHAK MEDIA seperti Harian Metro, Utusan Malaysia, Chinese Press (kalau tak silap lah).. then dari Minnal FM serta Selangor FM.. mereka hadir untuk menyaksikan bagaimana kami bertungkus-lumus membawa orang luar untuk menerokai negara Malaysia ini, walaupun dengan menaiki KERETAPI! kami pergi ke KELANTAN, TERENGGANU, MELAKA.. semuanya 'mempromosikan' negeri2 tersebut kepada orang luar.. terutama bahagian TOURISM nie.. lagipun budaya PANTAI TIMUR berlainan sedikit dari segi MAKANAN, BUDAYA dan LOGHAT kan.. kediaman yang disediakan memanglah HOTEL (untunglah kan..) tapi paling seronok bila ada HOMESTAY sebab kami turut diserahkan kepada KELUARGA ANGKAT masing2 tau.. aku dapat ALONG yang hensem gituu.. tapi ATEH sangat nakal, umur dia tak jauh dari aku.. kadang2 aje dia suka menyakat dan merajuk dengan aku.. mengada betol! sampai skang kami contact by MUKA BUKU aje.. SO SWEET!!

Mencanting Batik - Homestay Teluk Ketapang
          tu tugasan paling utama lah, selain tuu..kena mempromosikan kad diskaun baharu dari KTM INTERCITY iaitu KTMB i-Card. kad nie khas untuk orang yang berjalan jauh lah! sebab boleh dapatkan diskaun tau.. paling untung untuk pelajar lah, walaupun bayar RM30 setahun tapi amat berbaloi sebab boleh perolehi diskaun tiket sebanyak 40% dan LAYAK untuk semua jenis koc! dari FIRST CLASS - ECONOMY ok.. TRAVEL lah sampai lebam! NO LIMIT sampai lah kad diskaun tu EXPIRED :)

          ikutkan banyak kisah yang aku mahu kongsikan.. tapi apakan daya, tiga bulan cerita nak letak dalam satu page nie memang tak cukup lah.. aku bukan macam blogger lain yang rajin UPDATE blog setiap masa! aku hanya insan biasa.. cewahhh!

dah lama tak tidur dalam khemah kan..
          terharunya bila pihak Intercity sudi membuat jamuan kecil-kecilan untuk mereka yang bakal berpindah ke wilayah lain, termasuklah aku yang masa tu lagi empat hari nak 'bersara'.. hehehehe aku sangat2 hargai pengorbanan mereka sume.. aku akui ada kekurangan tapi ada juga kelebihannya.. paling gilanya, aku tak buat PRESENTATION dan hantar LAPORAN AKHIR kat bekas majikan aku tu.. manalah tahu PENYELIA aku boleh tuntut lak.. tapi bukan tanya aku.. dia tanya kakak2 praktikal yang lain lak.. apalah! elaun tiga bulan aku bakal diterima tak lama lagi.. sudahlah naik komuter FREE, asalkan aku pakai PAS SEMENTARA KTMB tu lah.. takpun guna 'tiket' PAS TUGAS.. gila tak untung kan!

dalam kenangan
          nak dijadikan cerita, banyak dugaan yang berlaku sebelum tamat praktikal! yela, pensyarah yang sepatutnya datang melawat aku boleh RESIGN last minutes tau!! bengang+bangang dah hati aku nie.. bila aku SMS dia tak reply pon.. bila member aku contact dia, dengan selamba bagitahu dah resign! ya Allah, bagaikan terkena petir lah aku rasa masa tu!! aku contact dia seminggu awal, tapi dia resign tiga hari sebelum tamat praktikal.. memang aku rasa nak 'SERANG' dia tapi cakap aje lebih kan.. aku memang tak berapa suka pensyarah tu tapi lama2 aku hormati dia dan mula selesa belajar dengan dia walaupun tak berapa senang dengan sikap dia.. teeettt!! hehehehe tapi alhamdulillah, pihak LI telah melakukan tugas mereka.. tak boleh salah mereka gak sebab pensyarah tu resign secara mengejut. nak taknak, aku dan dua rakan aku terpaksa menunggu tarikh baru..

kakak praktikal kesayangan - UMK
          dan hampir sebulan kemudian, kami telah mendapat pensyarah baru.. kami tak kenal dia, tapi dia sangat SPORTING lah.. mana taknya, aku sepatutnya hadir antara pukul 9 pagi - 12 tengah hari.. tapi aku terlewat gara-gara teksi yang aku naiki dari stesen UKM telah rosak tengah jalan raya! terpaksalah menolak teksi tu ketepi jalan tapi semuanya menjadi baik setelah dua jejaka dari JPA telah datang menyelamatkan aku! tapi sebelum tu aku terpaksa singgah ke PRINT SHOP sebab nak print-out final report aku tu.. gila tak gila..masa nak present barulah nak print! dan terpaksalah aku tebalkan muka minta mereka hantarkan aku ke kedai print dulu.. paling mengujakan aku, mereka nyatakan kesanggupan mereka untuk menunggu aku! ishh..terasa membebankan pulak? aku dah kata tak perlu tapi mereka nak hantar gak..kata mereka, dari kedai print nak ke kolej jauh lagi.. pastu panas terik pulak.. sebab tu mereka kata nak tunggu..jadi dengan panjang akal aku nie..aku katalah; " kerja saya banyak lagi.. lama kalau nak tunggu.. takpelah saya dah biasa jalan kaki ke kolej.. " pastu aku blah cepat2.. mula2 nampak mereka tunggu pastu terus menghilang.. syukurlah.. takdelah aku menyusahkan sesiapa kan.. mujurlah ada kawan sekuliah aku, Syafikah dan temannya yang sudi menumpangkan aku ke kolej atas tujuan yang sama.. terima kasih kepada kalian kerana sudi menghantar aku ke kolej yaa..hehehehe

FINAL REPORT - 87 MUKASURAT
          alhamdulillah, presentation aku berjalan dengan lancar.. masa diberikan hanyalah 10-15 minit.. tapi keadaan tak mengizinkan, menyebabkan presentation aku mengambil masa hampir SEJAM! hahahaha mana taknya, sejak aku praktikal kan.. aku dah jadi banyak cakap! yelakan, duduk bahagian MARKETING dan CUSTOMER SERVICES.. jadi, masa aku lebih banyak terluang bertemu dengan pelanggan lah.. pensyarah siap tegur lagi, " dulu awak mesti jenis tak banyak cakap kan.. sejak praktikal nie awak dah jadi lebih lancar bila bercakap.. saya suka dengar awak explain pasal tren.. ceritalah lagi.. " KATA KAU! manalah masa tu jadi tak panjang kan.. dah lah tak ikut SLIDE SHOW.. aku cepat balek sebab nak hujan masa tu, pastu aku dah janji dengan pakwe aku nak jumpa dia.. OPS! hehehe ada story baru.. means, aku dah ada pakwe baru lah.. tapi next entry yaa.. :)

PROMOSI KAD DISKAUN KTMB i-CARD - UPSI

P/S: nampaknya keputusan aku untuk menjalani LATIHAN INDUSTRI di KTMB bukanlah sia-sia, malah satu pengorbanan yang harus lakukan demi memajukan diri aku sendiri.. untuk semua warga KTMB, aku takkan lupakan segala kenangan kita bersama.. terima kasih kerana banyak membimbing aku ke jalan yang 'lurus'.. halalkan segala makan minum di pantry yaa.. maafkan andai aku ada terbuat silap @ salah dengan kalian semua.. i'll gonna miss u all :)

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

praktikal kt ktmb nie dpt elaun tak?

Waniey Shaari, said...

sorryy being late ! btw prktikal ktmb takde elaun.. tapi alhmdulillah bos ade bagi sagu hati =)

Anonymous said...

SALAM.Macam mana nak apply yer? nak kene hantar kat email ktmb yg mana?